Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 14 September (laporan COT). Inflasi AS mungkin mulai perlahan pada Ogos

parent
Analisis Forex:::2021-09-14T08:25:17

Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 14 September (laporan COT). Inflasi AS mungkin mulai perlahan pada Ogos

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 Jam

Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 14 September (laporan COT). Inflasi AS mungkin mulai perlahan pada Ogos

Pada Isnin, pasangan mata wang EUR/USD membuat penurunan harga ke tahap pembetulan 1.1772, melantun semula daripadanya, pembalikan harga yang memihak kepada mata wang EU, dan memulakan pertumbuhan ke tahap pembetulan 76.4% (1.1837). Harga pasangan mata wang ini berada dalam koridor tren menurun, oleh yang demikian, mod pedagang kekal "menurun". Menutup nilai pertukaran pasangan mata wang di atas tahap koridor akan memihak kepada mata wang Eropah dan meneruskan pertumbuhan ke arah tahap Fibo 61.8% (1.1919). Latar belakang maklumat pada hari Isnin agak lemah. Tidak ada laporan ekonomi di Eropah atau Amerika Syarikat (AS).

Walaupun begitu, maklumat baru telah diterima dari Bank Pusat Eropah, yang telah menjadi penyedia berita utama dalam beberapa hari terakhir. Saya ingin mengingatkan anda bahawa selama ini, Christine Lagarde telah membuat ucapan beberapa kali. Selain itu, semalam, seorang anggota jawatankuasa eksekutif, Isabel Schnabel, mengatakan bahawa beliau menjangkakan inflasi akan menurun pada tahun hadapan.

Saya juga ingin mengingatkan anda bahawa inflasi kini menjadi topik yang meyakitkan kepala bagi kebanyakan bank pusat di seluruh dunia. Khususnya, Rizab Persekutuan (Fed). Pengawal selia mengharapkan inflasi mulai menurun setelah menyaksikan pertumbuhan yang kuat pada tahun 2021, bersifat "sementara". Walaupun begitu, inflasi hanya meningkat di UK, AS, dan Kesatuan Eropah. Perubahan masa depan dalam dasar monetari setiap bank dan seberapa cepat bank pusat akan beralih kepada perubahan ini bergantung pada kadar inflasi dan nilainya. Saya tidak boleh mengatakan bahawa pedagang memberi reaksi terhadap maklumat ini. Namun, saya masih mengakui bahawa mata wang Eropah sekarang berada di bawah tekanan kerana terdapat lebih banyak peluang untuk pengurangan jumlah program QE di AS dalam waktu terdekat berbanding pengurangan jumlah PEPP di Kesatuan Eropah. Hari ini, laporan inflasi AS untuk bulan Ogos dijadualkan akan dikeluarkan, oleh itu, setelah waktu makan tengah hari, pedagang cenderung menggerakkan pasangan mata wang ini dengan lebih aktif.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 4 Jam

Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 14 September (laporan COT). Inflasi AS mungkin mulai perlahan pada Ogos

Pada carta 4 Jam, harga pada pasangan mata wang ini telah menunjukkan penurunan ke tahap pembetulan 76.4% (1.1782). Peningkatan semula harga dari tahap ini membolehkan kita bergantung pada pembalikan yang memihak kepada euro dan kesinambungan pertumbuhan harga ke arah tahap pembetulan 61.8% (1.1890). Menutup kadar pertukaran pasangan mata wang pada 76.4% akan meningkatkan kebarangkalian pertumbuhan selanjutnya menuju tahap Fibo seterusnya 100.0% (1.1606). Tidak ada perbezaan yang muncul dalam mana-mana indikator pada hari ini. Koridor menurun pada carta 1 Jam juga sangat penting sekarang.

Kalendar berita untuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah:

AS - indeks harga pengguna (12:30 UTC).

Pada 14 September, kalendar peristiwa ekonomi di Kesatuan Eropah kosong. Walau bagaimanapun, laporan inflasi penting akan dikeluarkan di AS. Oleh itu, latar belakang maklumat hari ini akan menjadi kuat di sebelah petang. Namun, jika jangkaan pasaran untuk inflasi bertepatan dengan nilai sebenarnya, maka reaksi pedagang mungkin akan menjadi sangat lemah atau sama sekali tidak ada.

Laporan COT (Komitmen Pedagang):

Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 14 September (laporan COT). Inflasi AS mungkin mulai perlahan pada Ogos

Laporan COT terbaru menunjukkan bahawa mod pedagang kategori "Bukan komersial" pada minggu pelaporan menjadi "menaik". Pemain utama menutup 837 kontrak pembelian pada mata wang euro dan sebanyak 16,528 kontrak penjualan. Oleh itu, jumlah kontrak pembelian di tangan spekulator menurun kepada 191 ribu, dan jumlah kontrak penjualan - kepada 163 ribu. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kategori pedagang "Bukan komersial" secara aktif menyingkirkan kontrak pembelian dalam euro dan meningkatkan penjualan. Namun, pada masa yang sama, euro sendiri telah sedikit meningkat. Penurunan ketara dalam jumlah kontrak penjualan mungkin bermaksud bahawa spekulator sedang bersiap sedua untuk pertumbuhan baru mata wang Eropah.

Ramalan dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD:

Semalam, saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1837 pada carta 1 Jam jika terdapat lantunan semula harga dari tahap 76.4% (1.1782) pada carta 4 Jam. Saya kini mencadangkan kepada para pedagag agar tawaran ini dibiarkan terbuka. Pembelian baru - apabila harga menutup di atas tahap 1.1837 dengan sasaran pada tahap 1.1919. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual jika terdapat kenaikan harga dari garis atas koridor pada carta 1 Jam, dengan sasaran terletak pada tahap 1.1772.

Istilah:

"Bukan komersial" - pemain pasaran utama: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, swasta, pelabur besar.

"Komersial" - perusahaan komersial, firma, bank, syarikat, syarikat yang membeli mata wang asing, bukan untuk keuntungan spekulatif, tetapi untuk memastikan kegiatan semasa atau operasi eksport-import.

"Kedudukan yang tidak boleh dilaporkan" adalah pedagang kecil yang tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap harga.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...