Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Bitcoin sedang bersedia untuk penurunan ketara

parent
Analisis Kripto:::2021-09-20T05:42:32

Bitcoin sedang bersedia untuk penurunan ketara

Bitcoin sedang bersedia untuk penurunan ketara

Pada hujung minggu, Bitcoin kembali melemah. Pada prinsipnya, tingkah laku mata wang kripto utama dunia ini telah lama diperhatikan. Penurunan kebiasaannya berlaku pada malam Ahad atau Isnin. Oleh itu, senario pembetulan pada masa ini masih berlaku, kerana Bitcoin tidak berjaya untuk memulakan pergerakan menaik baru dan kembali ke tahap $51,350. Sebaliknya, garis arah aliran baru telah terbentuk, dan harga jatuh semula di bawah Ichimoku cloud dan berada di sekitar tahap sokongan $43,852, dari mana pemulihan telah berlaku dua kali dalam beberapa minggu kebelakangan sini. Dalam kes ini, mata wang kipto cenderung untuk menguji tahap ini untuk kali ketiga pada hari ini atau esok dan prospek selanjutnya sepenuhnya bergantung kepada kejayaan penembusan harga atau tidak.

Perlu diperhatikan bahawa hasil mesyuarat Fed seterusnya akan dirumuskan pada Rabu ini. Mesyuarat ini disifatkan sebagai sangat penting, kerana pengawal selia dapat memutuskan untuk menghentikan program rangsangan kuantitatif (QE). Dari sudut pandangan kami, sebahagian daripada dana yang dicurahkan oleh Fed ke dalam ekonomi Amerika juga menetap di pasaran mata wang kripto. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pertumbuhan Bitcoin pada setengah tahun terakhir juga sebahagiannya adalah disebabkan oleh tindakan Fed, yang mungkin akan dihadkan dalam beberapa bulan akan datang. Juga dapat diingat bahawa tren "menaik" berkemungkinan akan berakhir sekitar tahap $64,756, dan semua pergerakan yang dilihat selepas itu dapat disatukan. Bitcoin boleh bergabung selama satu atau dua tahun sebelum memulakan tren "menaik" baru. Walaupun terdapat kenaikan harga dalam beberapa bulan terakhir, adalah masih mustahil untuk menyimpulkan dengan jelas bahawa arah aliran menaik telah pulih.

Perlu juga diingat bahawa latar belakang fundamental untuk Bitcoin tetap sangat lemah. Kami telah mempersoalkan kesahihan kitaran pertumbuhan mata wang kripto terakhir lebih dari $20,000. Dari sudut pandangan kami, tidak ada alasan yang konkrit dan kuat untuk pergerakan harga seperti itu. Sebarang anggapan memerlukan pengesahan teknikal. Pakej "infrastruktur" baru mungkin akan dilaksanakan di Amerika dalam waktu terdekat, dalam kerangka undang-undang cukai juga akan diperbarui, yang mewajibkan pengumpulan semua maklumat peribadi untuk semua transaksi lebih dari $10,000. Pihak berkuasa AS juga ingin mengisi belanjawan sebanyak $29 bilion dengan mengenakan cukai pada transaksi mata wag kripto. Namun, tidak ada berita yang dapat menyokong BTC buat masa sekarang.

Seperti kebiasaan, pasaran penuh dengan ramalan seperti "$100,000 pada akhir tahun" atau "$500,000 dalam tempoh 5 tahun akan datang", tetapi dapat diingat semula bahawa ramalan tersebut diberikan oleh orang-orang yang secara peribadi berminat dengan pertumbuhan kadar Bitcoin. Contoh yang paling ketara adalah Ketua Pegawai Eksekutif Microstrategy atau ketua ARK Invest, yang selalu memberitahu pasaran mengenai pertumbuhan mata wang kripto yang akan datang. Secara neutralnya, jika Microstrategy telah melaburkan beberapa bilion dolar AS dalam mata wang kripto utama, ia memerlukannya untuk terus berkembang. Namun, ia dapat berkembang hanya jika pasaran mempercayai pertumbuhan ini.

Bitcoin sedang bersedia untuk penurunan ketara

Tren menurun jelas dilihat dalam carta empat jam. Tidak mungkin untuk meneruskan pergerakan harga ke tahap $51,350, oleh yang demikian, penurunan harga ke tahap $43,852 kini diramalkan. Sebelumnya, aliran menurun gagal untuk menembusi tahap utama $43,852 sebanyak dua kali. Oleh itu, lantunan semula harga kali ketiga dari tahap ini cenderung untuk mendorong pertumbuhan semula dan juga penyatuan harga di atas garis arah aliran menurun. Secara teknikalnya, adalah mungkin untuk membeli Bitcoin dengan kenaikan semula harga dari tahap $43,852, sementara kemasukan pesanan penjualan boleh dipertimbangkan setelah harga mengukuh di bawah tahap ini.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...