Analisis tawaran dagangan terdahulu:
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit
Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan secara aktif pada Khamis. Perlu diingat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) telah merumuskan hasil mesyuarat yag telah berlangsung selama dua hari pada petang semalam, oleh yang demikian, peningkatan volatiliti di pasaran diramalkan. Pada masa yang sama, saya ingin menyatakan bahawa volatiliti pasaran tidak terlalu besar, yang menunjukkan kecenderungan pasaran yang rendah terhadap semua maklumat yang diberikan oleh Fed. Pedagang baru hanya boleh mengetahui bahawa Fed telah menurunkan ramalan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk 2021, 9 dan bukannya 7 anggota jawatankuasa monetari kini menyokong kenaikan kadar kunci pada tahun 2022, dan Fed berkemungkinan akan mengumumkan penamatan program rangsangan kuantitatif dalam pertemuan seterusnya, yang dijadualkan pada bulan November. Pada prinsipnya, hasil pertemuan seperti itu sangat sukar untuk ditafsirkan dengan cara positif atau negatif. Lebih baik dikatakan, ia secara umumnya berkecuali, tetapi dengan sedikit peningkatan mod 'hawkish'. Oleh itu, kenyataan bahawa dolar AS jatuh berbanding euro hari ini seharusnya tidak mengejutkan pedagang baru. Tren menurun pada carta 30 minit ditembusi sebagaimana harga menetap di atas garis arah aliran menurun. Pada masa yang sama, tidak ada sebarang isyarat dari indikator MACD dihasilkan pada siang hari.
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit
Gambaran teknikal dalam carta 5 minit pada Khamis sangat menyenangkan. Terdapat sedikit isyarat perdagangan, semuanya cukup kuat, dan pergerakannya trending. Juga perlu diperhatikan segera bahawa semua laporan makroekonomi hari ini, yang dinyatakan dalam carta, secara praktikalnya tidak mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang ini. Kami hanya dapat mencatatkan laporan mengenai permohonan faedah pengangguran (tick kedua), setelah itu pergerakan menaik kembali. Tetapi ini mungkin hanya satu kebetulan, kerana laporan itu sendiri bukanlah yang paling penting. Isyarat untuk kemasukan pesanan membeli pertama dihasilkan pada awal hari bekerja. Pasangan mata wang ini melantun tinggi dari tahap 1.1704, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini seharusnya dibeli. Harga cuba kembali ke tahap ini, tetapi tidak pernah berusaha untuk menetap di bawahnya, oleh yang demikian, pesanan membeli seharusnya dibiarkan terbuka. Dalam sesi dagangan AS, pasangan mata wang ini telah mencapai tahap sasaran pertama 1.1735 dan mengatasinya. Dan tidak lama kemudian, ia mencapai tahap seterusnya pada 1.1750, di mana pantulan harga telah menyusul. Oleh itu, pesanan membeli sepatutnya ditutup setelah harga membuat lantunan harga dari tahap 1.1750. Keuntungan dari pesanan ini dicatatkan sebanyak 31 mata. Pada masa yang sama, pesanan menjual sepatutnya dibuka pada isyarat yang sama. Walau bagaimanapun, pergerakan menurun tidak berterusan di bawah tahap 1.1735, kerana ia diikuti dengan lantunan semula harga, di mana pesanan menjual seharusnya ditutup. Adalah tidak mungkin untuk mendapat keuntungan dari pesanan ini. Isyarat kemasukan pesanan membeli terakhir semestinya tidak berfungsi lagi.
Bagaimana untuk berdagang pada Jumaat:
Pasangan mata wang EUR/USD akan berusaha untuk membentuk arah aliran menaik pada carta 30 minit dalam masa terdekat. Oleh itu, adalah mungkin untuk mempertimbangkan isyarat kemasukan pesanan membeli dari indikator MACD, tetapi kami ingin mengingatkan anda bahawa isyarat tersebut harus dibentuk sehampir yang mungkin ke tahap sifar. Pada masa ini, indikator berada jauh dari tahap tersebut. Pada carta 5 minit, para pedagang disarankan untuk berdagang dari tahap 1.1704, 1.1735, 1.1750, 1.1775. Pesanan Take Profit, seperti sebelumnya, ditetapkan pada jarak 30-40 mata. Stop Loss - ke titik pulang modal apabila harga bergerak ke arah yang betul sebanyak 15 mata. Pada carta 5 minit, sasaran boleh ditetapkan pada tahap paling hampir jika ia tidak terlalu dekat atau terlalu jauh. Sekiranya sedemikian - maka anda harus bertindak mengikut keadaan. Tidak ada acara atau penerbitan penting yang dijadualkan pada hari Jumaat di Kesatuan Eropah. Sebaliknya, ucapan lain oleh Pengerusi Fed Jerome Powell akan berlangsung di Amerika Syarikat. Bukan fakta bahawa beliau akan melaporkan sesuatu yang baru untuk pasaran, namun, beliau mungkin memberikan informasi penting. Oleh itu, anda perlu bersedia untuk kemungkinan pengukuhan pergerakan harga pada masa ini atau pembalikan harga yang mendadak.
Kami juga mengesyorkan agar anda membiasakan diri dengan ulasan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD.
Pada carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan adalah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit hampir ke tahap ini.
Garis merah adalah saluran atau garis arah yang menunjukkan arah aliran semasa dan menunjukkan ke arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikator MACD (14, 22, 3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila pergerakan dilintasi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Sebaiknya gunakan indikator ini dalam gabungan dengan garis aliran (saluran dan garis aliran).
Ucapan dan laporan penting (selalu terkandung dalam kalendar berita) cenderung untuk mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk melakukan perdagangan dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk menghindari pembalikan harga yang tajam terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru di Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dagangan dalam jangka masa yang panjang.