Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 7 Oktober, 2021

parent
Analisis Forex:::2021-10-07T10:43:18

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 7 Oktober, 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Penurunan pada mata wang euro melepasi tahap semalam dan mendorong pasangan EUR/USD ini bergerak menuju ke tahap rendah bulanan yang baru. Walau bagaimanapun, carta dengan jelas menunjukkan bahawa selepas kejatuhan semasa sesi dagangan Asia, garis MACD masih jauh dari sifar, maka penjual tidak berpeluang untuk membuka lebih banyak pesanan. Nasib baik, pembeli juga tidak dapat membuka pesanna kerana tindakan tersebut adalah tidak menguntungkan.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 7 Oktober, 2021

Data yang mengecewakan dari zon Eropah telah mendorong pasangan mata wang EUR/USD untuk turun semalam. Kemudian, di sebelah petang, harga menjunam lebih rendah susulan laporan statistik AS yang mencatatkan bacaan yang positif telah menyokong dolar AS.

Terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk pasangan mata wang ini turun lebih rendah pada hari ini kerana minit mesyuarat ECB yang akan datang diramal tidak akan memihak kepada euro. Selain itu, pada sebelah petang, dijadualkan akan terdapat data mingguan mengenai pasaran buruh AS dan melaporkan jumlah pinjaman pengguna, walaupun ia tidak akan memberikan kesan yang besar kerana kebanyakan pelabur menjangkakan laporan Jabatan Tenaga Kerja AS pada esok.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.1565 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1599. Tidak ada kebarangkalian untuk harga meningkat dengan mendadak hari ini. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat sedikit pembetulan menaik yang akan berlaku semasa penerbitan minit mesyuarat ECB.

Walau apa pun, sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya. Mungkin juga untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1548, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversol), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.1565 dan 1.1599.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencapai tahap 1.1548 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1510. Tekanan cenderung berterusan kerana risiko politik di AS dan kenaikan mendadak dalam tekanan inflasi EU. Statistik AS yang kuat juga akan menyokong dolar AS.

Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Euro juga boleh dijual pada tahap 1.1595, namun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.1548 dan 1.1510.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 7 Oktober, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Isyarat pasaran pada Rabu sangat menguntungkan. Isyarat pertama, untuk kemasukan pesanan menjual, yang bertepatan dengan garis MACD turun dari sifar. Ini membolehkan pasangan GBP/USD turun sebanyak 50 pip. Ia kemudiannya diikuti dengan isyarat kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD yang telah mendorong kepada kenaikan 30 pips.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 7 Oktober, 2021

Data yang mengecewakan mengenai sektor pembinaan UK telah mendorong pound untuk diniagakan lebih rendah semalam. Di samping itu, hanya sebilangan kecil yang bersedia untuk membeli pasangan mata wang GBP/USD pada tahap tinggi mingguan, oleh itu, hampir tidak ada pesanan membeli di pasaran. Kemudian, laporan ADP yang kuat mengenai pekerjaan di sektor swasta AS telah membataskan potensi kenaikan pasangan mata wang GBP/USD pada sebelah petang.

Tidak ada laporan penting yang dijadualkan di UK pada hari ini, oleh itu, pound berpeluang untuk kembali ke tahap tinggi mingguan. Pada sebelah petang, data mingguan di pasaran buruh AS akan dikeluarkan, serta laporan mengenai jumlah pinjaman pengguna. Kemungkinan besar, laporan ini tidak akan memberi kesan yang serius kepada pasaran, kerana kebanyakan pelabur menjangkakan laporan Jabatan Tenaga Kerja AS pada esok.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.3593 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3629 (garis hijau lebih tebal pada carta). Harga berkemungkinan besar akan mengukuh ekoran ketiadaan laporan statistik UK yang dijadualkan akan dikeluarkan hari ini.

Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3574, namun, garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.3593 dan 1.3629.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.3574 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3535. Tekanan akan kembali jika pembeli kekal tidak aktif di pasaran dan jika AS melaporkan data pasaran pekerja yang kuat.

Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pasangan mata wang ini juga boleh dijual pada tahap 1.3593, namun, garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.3574 dan 1.3535.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 7 Oktober, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...