Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 7 Oktober. UK mungkin akan membatalkan rancangannya untuk mengambil pekerja luar

parent
Analisis Forex:::2021-10-08T07:07:13

Analisis dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 7 Oktober. UK mungkin akan membatalkan rancangannya untuk mengambil pekerja luar

Analisis dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 7 Oktober. UK mungkin akan membatalkan rancangannya untuk mengambil pekerja luar

Corak gelombang.

Bagi pasangan mata wang pound/dolar AS, isyarat gelombang menjadi lebih kompleks. Pada masa ini, pembentukan bahagian tren menurun diramalkan. Pasangan mata wang ini merosot sebanyak 300 pips sepanjang minggu lalu dan ia juga telah menembusi tahap rendah gelombang sebelumnya a dan e. Oleh itu, beberapa penyesuaian telah dilakukan terhadap corak gelombang. Sekarang, ia telah mengambil bentuk bahagian tren menurun. Walau bagaimanapun, bahagian bawah ini mungkin merupakan pembetulan. Sekiranya kita melihat struktur dalaman gelombang A yang dicadangkan, kita melihat bahawa ia bukan gelombang impulsif. Gelombang c b pada bahagian tren ini juga hampir tidak dapat disebut sebagai impulsif. Pada masa ini, tiga gelombang jelas kelihatan di dalamnya. Walau bagaimanapun, ini adalah masalah besar bagi struktur pembetulan. Isyarat gelombang dalaman boleh menjadi gelombang tiga atau gelombang lima dan mengambil bentuk yang sangat panjang dengan kompleks. Oleh itu, melihat kepada kegagalan pasangan mata wang ini untuk menembusi tahap Fibonacci 38,2%, pembentukan gelombang menurun baru, kemungkinan gelombang penurunan kelima dalam komposisi c pada C akan berlaku.


UK berkemungkinan akan membatalkan rancangannya untuk mengambil pekerja dari luar negara untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja.

Pasangan mata wang pound/dolar AS meningkat hanya 20 pip pada hari Khamis. Volume dagangan agak rendah. Kalendar ekonomi kosong hari ini. Oleh itu, sukar untuk mengatakan mengapa pelabur tetap enggan berdagang. Mungkin mereka menjangkakan laporan utama pada minggu ini - data gaji bukan perladangan. Jabatan Tenaga Kerja AS akan mengeluarkan laporan ini pada Jumaat. UK berusaha untuk mengurangkan kekurangan tenaga kerja kerana kebanyakan pekerja migran bakal meninggalkan negara itu setelah Brexit. Penting untuk dinyatakan bahawa pekerja luar negara telah menjadi pendorong dalam kebanyakan sektor ekonomi selama 25-30 tahun yang lalu. Kos tenaga buruh yang murah dari negara-negara EU telah membenarkan ekonomi UK menempatkan mereka dalam sektor-sektor yang kurang mendapat tempat dikalangan penduduk tempatan ekoran kadar gaji yang rendah. Namun, setelah Brexit, isu mengenai pekerja migran telah mengalami perubahan, semakin sukar untuk mereka memasuki UK. Mereka harus berurusan dengan imigresen, pemeriksaan, ujian, dan sebagainya. Oleh itu, sebahagian besar pendatang berpendapat bahawa adalah lebih baik memilih negara EU yang lain untuk bekerja. Sementara itu, UK mengalami krisis kekurangan pemandu, tukang jahit, pelayan, penggerak, dan profesi lain, yang didominasi secara eksklusif oleh pekerja dari luar negara. Kebanyakan pakar menyatakan bahawa pemerintah kini harus menaikkan gaji untuk profesion ini sebagai langkah untuk menarik minat pekerja dari kalangan penduduk tempatan. Oleh itu, ini akan menyebabkan peningkatan inflasi. Cadangan ini disokong sepenuhnya oleh Boris Johnson, yang tidak mahu kembali ke model lama, iaitu kadar gaji yang rendah, yang disebabkan oleh migrasi yang tidak terkawal.

Kesimpulan

Corak gelombang telah berubah secara mendadak. Ia sekarang menunjukkan aliran menurun, tetapi bukan dorongan. Oleh itu, para pedagang disarankan untuk membuka pesanan menjual untuk setiap isyarat MACD berdasarkan pembentukan gelombang C. Ia mungkin berubah menjadi gelombang memanjang, dengan sasaran terletak di sekitar tahap 1.3273, yang sepadan dengan Fibonacci 61.8%. Percubaan yang tidak berjaya untuk menembusi tahap 1.3643 menunjukkan bahawa pedagang enggan membuka pesanan membeli pada pound sterling. Oleh itu, gelombang penurunan baru cenderung untuk dimulakan.

Analisis dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 7 Oktober. UK mungkin akan membatalkan rancangannya untuk mengambil pekerja luar

Carta masa yang lebih besar

Struktur tren menaik, yang mula dibangunkan sejak beberapa bulan yang lalu, telah mengambil bentuk yang agak samar dan telah selesai. Pembentukan bahagian tren menaik telah dibatalkan. Penganalisis berpendapat bahawa pada 6 Januari, pembentukan bahagian aliran tren baru mungkin akan bermula, yang boleh menjadi hampir sepanjang masa.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...