Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY, EMAS pada 8 Oktober

parent
Analisis Forex:::2021-10-08T11:05:25

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY, EMAS pada 8 Oktober

EUR/USD

Analisis:

Pasangan mata wang utama pasaran Eropah telah didominasi oleh aliran menaik sejak Mac tahun lalu. Harga telah diselaraskan ke arah bawah untuk sepanjang tahun semasa. Selain itu, struktur gelombang kelihatan lengkap. Sebut harga berada di sempadan bawah zon pembalikan kuat yang berpotensi. Masih belum ada isyarat untuk pembalikan harga.

Ramalan:

Sifat turun naik harga umum dijangkakan pada hari ini. Susut nilai jangka pendek kadar pertukaran mungkin berlaku pada sesi berikutnya, tidak lebih jauh daripada zon sokongan. Menjelang penghujung hari dagangan, kebarangkalian kenaikan harga meningkat.

Zon pembalikan yang berpotensi

Rintangan:

- 1.1600/1.1530

Sokongan:

- 1.1520/1.1490

Cadangan:

Kenaikan harga yang akan bertentangan dengan tren pergerakan, oleh itu, pesanan membeli euro dijangka berisiko pada hari ini. Adalah lebih baik mengurangkan saiz lot. Namun pedagang disyorkan untuk menahan diri dari memasuki pasaran pasangan mata wang ini sehingga penarikan harga selesai, dan perhatikan isyarat untuk kemasukan pesanan menjual instrumen.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY, EMAS pada 8 Oktober

USD/JPY

Analisis:

Menurut carta harian, yen Jepun telah membentuk gelombang pembetulan menurun sejak Mac tahun ini. Pada hari ini, ia kelihatan seperti 'shifting plabe'. Strukturnya tidak mempunyai bahagian akhir. Harganya menghampiri sempadan bawah zon rintangan pada carta Mingguan.

Ramalan:

Pada keesokan harinya, harga pada pasangan mata wang ini dijangka bergerak dengan vektor menaik. Zon penyelesaian menunjukkan sempadan koridor harga. Menjelang penghujung hari, kebarangkalian untuk perubahan arah dan permulaan penurunan harga meningkat.

Zon pembalikan yang berpotensi

Rintangan:

- 112.50/112.80

Sokongan:

- 111.60/111.30

Cadangan:

Berdagang yen Jepun pada hari ini hanya menguntungkan untuk urusniaga harian, pecahan lot. Sehingga isyarat pembalikan harga yang jelas muncul di kawasan zon rintangan, penjualan pasangan mata wang ini adalah tidak digalakkan.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY, EMAS pada 8 Oktober

GBP/JPY

Analisis:

Arah utama pergerakan pasangan mata wang pound/yen telah ditetapkan oleh momentum kenaikkan harga sejak tahun lalu. Bahagian tren yang belum selesai telah diperkirakan sejak 21 September. Struktur gelombang ini tidak mempunyai segmen menaik yang terakhir.

Ramalan:

Terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk menyaksikan pergerakan pasangan bergerak ke satah lateral pada hari dagangan yang seterusnya, dengan penurunan harga ke zon sokongan dijangkakan. Pada penghujung hari ini atau esok, anda boleh mengharapkan peningkatan volatiliti pasaran, pembalikan, dan permulaan pertumbuhan harga.

Zon pembalikan yang berpotensi

Rintangan:

- 152.60/152.90

Sokongan:

- 151.80/151.50

Cadangan:

Sehingga akhir penarikan semula harga yang akan datang, berdagang di pasaran pasangan mata wang GBP/JPY mungkin tidak akan menguntungkan dan tidak digalakkan. Untuk sokongan penyelesaian, pedagang disyorkan untuk memperhatikan isyarat untuk kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY, EMAS pada 8 Oktober

EMAS

Analisis:

Sejak 9 Ogos, emas telah membentuk gelombang menaik pada carta harian. Kenaikan harga yang bermula pada 29 September telah menyelesaikan bahagian tengah gelombang semasa (B). Dalam tempoh sedekad yang lalu, harga telah bergerak di koridor harga mendatar, menyediakan laluan untuk lonjakan kenaikan yang selanjutnya.

Ramalan:

Hari ini, kesinambungan "aliran mendatar" diramalkan. Vektor penurunan utama berkemungkinan besar berada di dalam sempadan koridor pada separuh pertama hari ini. Pembalikan dan permulaan pertumbuhan harga dijangka pada akhir hari, hingga ke zon rintangan.

Zon pembalikan yang berpotensi

Rintangan:

- 1765.0/1770.0

Sokongan:

- 1745.0/1740.0

Cadangan:

Pada hari dagangan yang akan datang, penjualan emas mungkin tidak menguntungkan. Zon sokongan menunjukkan kawasan yang paling selamat untuk kemasukan pesanan membeli emas.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY, EMAS pada 8 Oktober

Penjelasan: Dalam analisis gelombang yang dipermudahkan (UVA), gelombang terdiri daripada 3 bahagian (A-B-C). Gelombang terakhir yang tidak lengkap dianalisis. Latar belakang panah yang padat menunjukkan struktur yang terbentuk, dan garis putus-putus menunjukkan pergerakan harga yang dijangkakan.

Perhatian: Algoritma gelombang tidak mengambil kira jangka masa pergerakan instrumen dalam masa!

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...