Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan dagangan dan laporan COT pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Oktober, 2021

parent
Analisis Forex:::2021-10-12T01:00:08

Ramalan dagangan dan laporan COT pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Oktober, 2021

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 Jam

Ramalan dagangan dan laporan COT pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Oktober, 2021

Pasangan mata wang EUR/USD telah diniagakan dengan sangat mengagumkan pada Jumaat, walaupun terdapat lonjakan peristiwa dan laporan ekonomi. Pasangan mata wang ini dilihat membuat percubaan untuk menutup di bawah tahap Fibo 127.2% - 1.1552 pada carta1 Jam, tetapi dengan segera ia meneruskan proses pertumbuhan ke tahap 1.1629. Saya ingin menarik perhatian anda bahawa kini terdapat dua koridor tren menurun pada carta sekaligus, tetapi kita telah meninggalkan sebut harga yang lebih rendah. Oleh itu, dapat dirumuskan bahwa mod pedagang berubah menjadi "bullish", tetapi penurunan harga masih berpotensi untuk dilanjutkan pada bila-bila masa sahaja.

Laporan Gaji Bukan Perladangan Amerika Syarikat (AS) telah dikeluarkan pada hari Jumaat, yang mencatatkan 194,000 pekerjaan baru di luar sektor perladangan, dengan ramalan mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 490,000. Ini adalah catatan bulan kedua berturut-turut bahawa ramalan pedagang tidak dipenuhi. Namun, pada masa yang sama, kadar pengangguran AS turun dari 5.2% kepada 4.8%, walaupun pedagang menjangkakan penurunan hanya 5.1%. Kadar upah juga memberangsangkan, meningkat 0.6% pada bulan September, meskipun pedagang hanya menjangkakan kenaikan sebanyak 0.4%.

Reaksi pedagang terhadap semua peristiwa ini ternyata sangat lemah. Pasangan mata wang ini meningkat 20 pips, ia kemudiannya turun dengan mata yang sama. Nampaknya pedagang tidak memutuskan laporan mana yang lebih penting dan harus bertindak balas. Walaupun saya fikir laporan Gaji Bukan Perladangan jauh lebih penting berbanding laporan pengangguran atau kadar upah dan sangat pelik, bahawa mata wang Amerika bahkan tidak jatuh setelah laporan mencatatkan bacaan yang rendah. Kini tidak jelas apakah prospek program rangsangan Fed yang akan dibuat, yang seharusnya berakhir pada bulan November. Tetapi melihat kepada indikator pasaran buruh yang lemah, Fed berkemungkinan besar akan menunda permulaan program ini.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 4 Jam

Ramalan dagangan dan laporan COT pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Oktober, 2021

Berdasarkan kepada carta 4 Jam, pasangan mata wang ini ditutup di bawah tahap 1.1606 - Fibonacci 100.0%. Oleh itu, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan ke tahap Fibonacci 1.1404 - 127.2%. Perbezaan menaik membolehkan pedagang mengharapkan beberapa pertumbuhan pada pasangan mata wang ini, tetapi sudah jelas bahawa pertumbuhan ini akan menjadi sangat lemah. Penutupan harga di atas koridor tren menurun akan membolehkan kita menjangkakan perubahan mod pedagang kepada "bullish" dan pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD ke tahap 1.1782 -Fibo 76.4%.

Kalendar berita AS dan EU:

Pada 11 Oktober, kalendar peristiwa ekonomi EU dan AS benar-benar kosong. Maklumat latar belakang juga tidak ada. Dijadualkan akan terdapat ucapan dari Ketua Ekonomi ECB, Philip Lane dan ahli FOMC Charles Evans, tetapi saya percaya pedagang tidak akan memberikan perhatian kepada ucapan mereka.

Laporan COT (Komitmen Pedagang):

Ramalan dagangan dan laporan COT pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Oktober, 2021

TLaporan COT terbaru menunjukkan bahawa sentimen dalam kategori pedagang "Bukan komersial" berubah secara mendadak selama seminggu. Spekulator telah membuka sebanyak 2,493 pesanan membeli dalam euro dan 25,707 pesanan menjual. Oleh itu, jumlah pesanan membeli di tangan spekulator meningkat kepada 198,000, dan jumlah pesanan menjual - naik kepada 220,000.

Pada beberapa bulan yang terakhir, kategori pedagang "Bukan komersial" cenderung menyingkirkan pesanan membeli untuk mata wang Euro dan membuka pesanan menjual. Atau, membuka pesanan menjual pada kadar yang lebih cepat berbanding pembelian. Proses ini berterusan sehingga sekarang, dan mata wang Eropah, sementara itu, terus jatuh sedikit. Oleh itu, tindakan spekulator mempengaruhi tingkah laku pasangan mata wang EUR/USD pada waktu tertentu. Kejatuhan harga dijangka akan berterusan.

Ramalan dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD:

Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli baru pasangan mata wang EUR/uSD pada lantunan semula harga dari tahap 127.2% - 1.1552, dalam carta 1 Jam dengan sasaran ditetapkan pada 1.1629. Pesanan membeli ini kini boleh dibuka. Saya mengesyorkan kepada para pedagang agar membuka pesanan menjual jika harga mengukuh di bawah Anjakan semula 127.2% - 1.1552 pada carta 1 Jam dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1450.

Istilah:

"Bukan komersial" - pemain pasaran utama: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, swasta, pelabur besar.

"Komersial" - perusahaan komersial, firma, bank, perusahaan, syarikat yang membeli mata wang bukan untuk memperoleh keuntungan spekulatif, tetapi untuk memastikan kegiatan terkini atau operasi eksport-import.

"Kedudukan yang tidak boleh dilaporkan" - pedagang kecil yang tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap harga.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...