Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran keseluruhan untuk pasangan mata wang GBP/USD. 14 Oktober. UK telah menerbitkan laporan yang menunjukkan kegagalan pemerintah dalam menangani pandemik.

parent
Analisis Forex:::2021-10-14T04:46:31

Gambaran keseluruhan untuk pasangan mata wang GBP/USD. 14 Oktober. UK telah menerbitkan laporan yang menunjukkan kegagalan pemerintah dalam menangani pandemik.

Carta 4 Jam

Gambaran keseluruhan untuk pasangan mata wang GBP/USD. 14 Oktober. UK telah menerbitkan laporan yang menunjukkan kegagalan pemerintah dalam menangani pandemik.

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menurun.

Moving Averages (MA)(20) - mendatar.

Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan dagangan dalam keadaan yang tidak memberangsangkan. Pergerakan harga kini hampir menyerupai semua "pagar" dan "pokok Krismas." Ini bermaksud bahawa pasaran belum membentuk aliran mendatar, tetapi pada masa yang sama, harga bergerak dalam jenis saluran mendatar. Ia dapat dilihat lebih baik pada jangka carta 1 Jam berbanding arta 4 Jam. Walaupun begitu, bahkan dalam carta masa saat ini, diperhatikan bahawa pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi Murray "7/8" - pada tahap 1.3641. Walau bagaimanapun, ia berada di atasnya dan tidak dapat mencapai di bawah garis Moving Average (MA). Oleh itu, gambaran teknikal kini membingungkan pedagang.

Di satu pihak, kedua-dua saluran regresi linear diarahkan ke arah bawah, tetapi pergerakan menurun gagal untuk diteruskan. Harga terus berada di atas garis MA, tetapi tidak dapat menaik. Dalam keadaan sekarang, lebih baik menunggu permulaan hasilnya. Perlu juga diperhatikan sekali lagi bahawa statistik makroekonomi hampir tidak mempnegaruhi pergerakan pasangan mata wang GBP/USD. Dalam tempoh dua hari terakhir, beberapa laporan penting telah diterbitkan di UK, tetapi ia langsung tidak mempengaruhi mata wang Britain. Perkara yang sama dapat dinyatakan mengenai laporan semalam mengenai inflasi Amerika. Apa gunanya indeks harga pengguna tiba-tiba mulai menaik semula, jika dolar AS secara serentak naik "sebanyak" 25 mata, dan pada jam berikutnya jatuh sebanyak 50? Oleh itu, dalam keadaan semasa, kami juga mengesyorkan kepada para pedagang untuk memberi lebih perhatian kepada carta masa yang lebih kecil dan indikator volatiliti. Volatiliti pasaran terus menunjukan berapa banyak pasaran kini ingin berdagang pasangan mata wang ini secara prinsip. Purata volatiliti adalah sekitar 70 mata dalam 5-6 hari terakhir, dan untuk mata wang Britain, nilai ini sangat rendah. Oleh itu, volatiliti pasaran adalah melemah. Tidak ada trend, dan "makro ekonomi" tidak mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang GBP/USD.

Sementara itu, Jawatankuasa Sains dan Kesihatan Dewan Parlimen Britain telah menerbitkan sebuah kajian. Kerajaan Britain telah gagal dalam menghadapi wabak "coronavirus". Sebelumnya, bekas ketua penasihat, Boris Johnson, Dominic Cummings mengatakan sesuatu yang serupa, menunjukkan ketidakmampuan pegawai atasan negara itu dalam menangani wabak tersebut. Cummings juga menyatakan bahawa banyak keputusan yang salah telah dibuat, dan Boris Johnson serta wakil-wakilnya pada awalnya tidak memberikan perhatikan terhadap penularan virus berbahaya ini, yang akhirnya meragut nyawa 150 ribu rakyat Britain, yang menempatkan UK dalam senarai sepuluh negara teratas di dunia dalam rekod kes kematian yang disebabkan oleh Covid-19. Wakil Britain dari jawatankuasa yang disebutkan di atas menyimpulkan bahawa jumlah kematian akibat "coronavirus" di negara ini jauh melebihi angka negara lain yang setanding dengan Britain. Dan ini walaupun pada hakikatnya pada awalnya pemerintah Britain dipuji kerana tahap persiapan yang tinggi untuk menangani pandemik, dan kemudian ternyata hospital menjadi sangat sesak, sistem penjagaan kesihatan hampir lumpuh, dan kebanyakan kekurangan alat dan barangan perubatan atau tidak sesuai digunakan. Laporan itu turut mengatakan bahawa rancangan asal pemerintah adalah untuk mencapai kekebalan kolektif. Pada mulanya, pemerintah membenarkan pilihan di mana sebahagian besar penduduk negara itu akan jatuh sakit. Akibatnya, perlaksanaan perintah "lockdown" pertama dianggap sebagai terlambat, dan pada minggu-minggu pertama pandemik, terlalu sedikit langkah yang dilakukan untuk menghentikan penyebaran virus, tidak ada vaksin atau ubat-ubatan pada ketika itu. Oleh itu, laporan itu mengatakan bahawa kegagalan memerangi "coronavirus" adalah salah satu kegagalan paling serius dalam sejarah sistem penjagaan kesihatan Britain. Namun, laporan itu juga mencatatkan program vaksinasi, yang memungkinkan UK menerima jumlah vaksin yang diperlukan tepat pada waktunya, dan juga salah satu yang pertama di dunia yang memvaksinasi penduduknya sepenuhnya.

Apakah hasilnya? Akibatnya, pasangan mata wang pound/dolar AS kini diniagakan lebih banyak dalam aliran mendatar berbanding aliran menaik atau menurun. Tidak ada trend yang jelas, oleh yang demikian, kami mengesyorkan kepada para pedagang sama ada berdagang pada carta masa yang lebih kecil, atau menunggu gambaran dagangan yang lebih jelas dan difahami.

Gambaran keseluruhan untuk pasangan mata wang GBP/USD. 14 Oktober. UK telah menerbitkan laporan yang menunjukkan kegagalan pemerintah dalam menangani pandemik.

Purata volatiliti bagi pasangan mata wang GBP/USD pada masa ini adalah 71 mata sehari. Untuk pasangan mata wang pound/dolar AS nilai ini sebagai "purata". Pada Khamis, 14 Oktober, kami menjangkakan pergerakan harga di dalam saluran, dihadkan oleh tahap 1.3573 dan 1.3715. Pembalikan menaik indikator Heiken Ashi akan menandakan kemungkinan pergerakan semula menaik, walaupun ia kini semuanya kelihatan seperti mendatar. Volatiliti pasaran terus menurun selepas ia membuat lonjakan kecil.

Tahap sokongan paling hampir:

S1 – 1.3611

S2 – 1.3580

S3 – 1.3550

Tahap rintangan paling hampir:

R1 – 1.3641

R2 – 1.3672

R3 – 1.3702

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah mengukuh di atas Moving Average (MA) dalam carta 4 jam. Oleh itu, pada masa ini, pedagang perlu mempertimbangkan pilihan untuk membuka pesanan membeli dengan menetapkan sasaran pada tahap 1.3672 dan 1.3702 sebelum indikator Heiken Ashi menurun. Kemasukan pesanan menjual dapat dipertimbangkan sekali lagi jika harga tetap diniagakan di bawah MA dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.3573 dan 1.3550 dan pesanan dibiarkan terus terbuka sehingga Heiken Ashi beralih kepada menaikl. Bukan pilihan terburuk buat masa sekarang untuk menunggu aliran mendatar berakhir di luar pasaran.

Penjelasan untuk ilustrasi:

Saluran regresi linear - membantu menentukan arah aliran semasa. Sekiranya kedua-duanya diarahkan ke arah yang sama, maka trendnya adalah kuat untuk sekarang.

Garis moving average (tetapan 20.0, dilancarkan) - menentukan arah aliran jangka pendek dan arah di mana perdagangan harus dijalankan.

Tahap Murray - tahap sasaran untuk pergerakan dan pembetulan.

Tahap turun naik (garis merah) - saluran harga kemungkinan pasangan akan menghabiskan pada hari berikutnya, berdasarkan indikator turun naik semasa.

Indikator CCI - kemasukannya ke kawasan oversold (di bawah -250) atau ke kawasan overbought (di atas +250) bermaksud pembalikan arah aliran ke arah yang bertentangan semakin hampir.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...