Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Cadangan analisis teknikal untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 November 2021

parent
Analisis Forex:::2021-11-02T10:45:28

Cadangan analisis teknikal untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 November 2021

Pasangan mata wang EUR/USD

Cadangan analisis teknikal untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 November 2021

Terdapat kelembapan pada sokongan sempadan menurun cloud mingguan (1.1558). Akibatnya, kenaikan harga pada carta harian dilihat telah berjaya kembali berdagang ke zon pengumpulan yang terletak pada tahap 1.1602-14 (cross harian + tahap sejarah). Penembusan dan penyatuan harga di atas tahap ini akan membolehkan kami memulihkan kedudukan kenaikan harga ke sempadan menaik yang seterusnya pada 1.1664 (tahap sejarah) - 1.1695 - 1.1707 (Fibo Kijun bulanan + Tenkan mingguan). Untuk trend penurunan harga, kecenderungan utama semasa kekal untuk menembusi tahap sokongan 1.1558 dan mengukuh dalam zon menurun berbanding cloud mingguan.

Cadangan analisis teknikal untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 November 2021

Terdapat perjuangan dalam carta masa yang lebih kecil untuk menembusi tahap utama, yang kini telah mengukuh di sekitar kawasan 1.1586 - 1.1608 (tahap pivot pusat + arah aliran jangka panjang mingguan). Pengukuhan harga di atas tahap tersebut dan pembalikan Moving Average (MA) akan mengukuhkan mood kenaikkan harga. Hari ini, titik pivot menaik bagi urusniaga harian ialah pada tahap rintangan pivot klasik (1.1627 - 1.1649 - 1.1690). Sebaliknya, lantunan harga dan pengukuhan sentimen penurunan harga pada carta 1 jam akan mengembalikan relevan ke tahap sokongan pivot klasik (1.1564 - 1.1523 - 1.1501).

Pasangan mata wang GBP/USD

Cadangan analisis teknikal untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 November 2021

Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat diniagakan dalam zon tarikan pada trend jangka pendek mingguan (1.3661). Penanda aras seterusnya bagi penurunan harga kini terletak pada tahap sokongan sekitar 1.3622 - 1.3601 - 1.3571 (tahap akhir cross harian + sokongan sejarah + sasaran untuk penembusan cloud carta 4 Jam (H4)). Sementara itu, kepentingan kenaikan harga dalam keadaan semasa masih diwakili oleh tahap pengumpulan 1.3731-55 (tahap mingguan + Tenkan harian + cloud harian).

Cadangan analisis teknikal untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 November 2021

Kelebihan pada carta masa yang lebih kecil memihak kepada trend menurun. Ia membangunkan arah aliran menurun, mencapai tahap rendah baharu. Pada masa ini, tahap sokongan 1.3637 (S1) sedang diuji, manakala sokongan seterusnya untuk tahap pivot klasik masing-masing ditetapkan pada 1.3614 (S2) dan 1.3586 (S3). Tahap utama dalam carta masa yang sama kini bertindak sebagai rintangan dan kini menunjukkan peluang untuk pembangunan pembetulan pada 1.3665 (tahap pivot tengah) - 1.3732 (trend jangka panjang mingguan). Rintangan yang paling hampir boleh diperhatikan hari ini pada 1.3688 (R1) dan 1.3716 (R2).

***

Tahap Ichimoku Kinko Hyo (9.26.52) dan Kijun-sen dalam carta masa yang lebih besar, serta Tahap Pivot klasik dan Moving Average (MA)(120) pada carta 1 Jam, digunakan dalam analisis teknikal instrumen dagangan.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...