Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ GBP/USD:Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 15 November. Laporan COT. Pound terus membentuk pembetulan menaik. Trend menaik mensasarkan ke tahap 1.3458

parent
Analisis Forex:::2021-11-15T07:45:25

GBP/USD:Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 15 November. Laporan COT. Pound terus membentuk pembetulan menaik. Trend menaik mensasarkan ke tahap 1.3458

Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Beberapa isyarat untuk pedagang memasuki pasaran dihasilkan pada Jumaat lalu. Mari kita lihat carta 5 minit dan menghuraikannya. Dalam ramalan di sebelah pagi saya, saya telah menarik perhatian pedagang ke tahap 1.3368 dan menasihati pedagang untuk membuka pesanan membeli daripadanya. Ujian penembusan harga dan ujian berbalik pada kawasan ini dari atas ke bawah pada awal sesi dagangan Eropah telah menghasilkan isyarat untuk membuka pesanan membeli. Akibatnya, pergerakan menaik pasangan mata wang GBP/USD kira-kira 40 mata diperhatikan, namun ia agak tidak mencukupi sebelum tahap 1.3413 dikemas kini. Oleh itu, adalah tidak mungkin untuk mendapatkan titik kemasukan pesanan yang mudah ke dalam pesanan menjual dari sana. Pada separuh kedua hari Jumaat, selepas pasangan mata wang ini membuat pembetulan menurun ke arah tahap sokongan 1.3377, pembentukan penembusan harga palsu pada tahap ini telah menawarkan titik kemasukan pesanan yang baik untuk pembelian pound, yang membawa kepada kenaikan harga ke kawasan rintangan seterusnya pada tahap 1.3423. Di sana, kegagalan trend menaik pada pasangan mata wang GBP/USD untuk mengukuhkan kedudukannya di atas tahap tersebut telah membentuk isyarat kemasukan pesanan menjual. Pergerakan menurun adalah kira-kira 35 mata.

GBP/USD:Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 15 November. Laporan COT. Pound terus membentuk pembetulan menaik. Trend menaik mensasarkan ke tahap 1.3458

Perbicaraan parlimen penting mengenai laporan dasar monetari Bank of England dijadualkan akan berlangsung pada hari ini, serta ucapan oleh Gabenor Bank of England (BoE), Andrew Bailey. Semua ini amat berpotensi untuk mempengaruhi arah pound. Dalam kes retorik yang lebih keras, pemulihan selanjutnya bagi pasangan mata wang ini boleh dijangkakan. Walau bagaimanapun, jangan lupa untuk memantau situasi yang berlaku terhadap perjanjian Brexit sekarang, kerana ini tidak menambah keyakinan kepada kenaikan harga pound. Sehingga EU dan UK mencapai persetujuan dari segi pematuhan protokol Ireland Utara, tekanan terhadap pound dijangka akan berterusan. Tugas utama trend menaik pada separuh pertama hari ini adalah untuk melindungi tahap 1.3404. Membentuk penembusan harga palsu di sana bersama-sama dengan ujian harga pada Moving Average (MA), yang terletak sedikit lebih rendah, membentuk isyarat untuk kemasukan pesanan membeli pound terhadap arah aliran. Ini akan mengembalikan peluang untuk pembetulan menaik pasangan mata wang ini ke tahap 1.3458. Tugas yang sama pentingnya ialah mendapatkan semula kawalan ke atas tahap ini. Ujian penembusan harga dan ujian berbalik dari atas ke bawah pada tahap 1.3458 akan memberikan isyarat lain untuk kemasukan pesanan membeli pound, yang akan mendorong kepada pergerakan menaik pasangan mata wang GBP/USD ke kawasan 1.3522 dengan prospek untuk mencapai tahap tinggi seperti 1.3567, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang ini merosot pada separuh pertama hari ini, pilihan terbaik untuk membeli pound adalah ujian harga pada tahap sokongan seterusnya, iaitu 1.3354. Walau bagaimanapun, saya menasihatkan pedagang untuk membuka pesanan membeli pada tahap tersebut hanya selepas penembusan harga palsu diperhatikan. Anda boleh melihat pembelian pasangan mata wang GBP/USD serta-merta untuk lantunan harga daripada tahap rendah baharu seperti 1.3308, atau lebih rendah lagi - dari tahap sokongan 1.3254, bergantung kepada pembetulan sebanyak 25-30 mata dalam sehari.

Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Trend menurun kehilangan kawalan pasaran dan kini ia perlu bekerja keras untuk mendapatkannya semula. Jika Bailey terus meneruskan dasar monetari yang lembut, maka tekanan ke atas pound mungkin akan kembali dengan cepat, memandangkan situasi dengan Brexit dan inflasi yang semakin meningkat tidak menambahkan keyakinan. Kembali kepada trend penurunan memerlukan perlindungan rintangan pada tahap 1.3458, yang disasarkan oleh kenaikkan harga semasa sesi dagangan Asia hari ini. Membentuk penembusan harga palsu di sana akan membawa kepada peluang kemasukan pesanan menjual, diikuti dengan penurunan harga pasangan mata wang GBP/USD ke tahap 1.3404, di mana tekanan akan dihadkan oleh Moving Average (MA) yang terletak lebih rendah. Oleh itu, penembusan harga pada julat ini akan menjadi tugas yang tidak kurang penting untuk trend penurunan. Ujian harga pada tahap 1.3404 dari bawah ke atas akan menghasilkan isyarat lain untuk pedagang membuka pesanan menjual baharu dengan mensasarkan penurunan ke tahap rendah: 1.3354 dan 1.3308, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang ini menyaksikan pertumbuhan semasa sesi dagangan Eropah dan tiada penurunan harga pada tahap 1.3458, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan kemasukan pesanan menjual sehingga ia mencapai tahap rintangan yang lebih tinggi pada 1.3522. Saya turut menasihatkan anda untuk membuka pesanan menjual serta-merta pada lantunan harga dari tahap 1.3567, atau lebih tinggi lagi - dari tahap tinggi baharu 1.3605, dengan mengandaikan lantunan pasangan mata wang GBP/USD ke arah bawah sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

GBP/USD:Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 15 November. Laporan COT. Pound terus membentuk pembetulan menaik. Trend menaik mensasarkan ke tahap 1.3458

Saya mencadangkan untuk semakan:

Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 2 November telah memperlihatkan peningkatan dalam kedua-dua pesanan; membeli dan menjual, mencerminkan permintaan untuk pound British telah kembali menjelang mesyuarat BoE, yang berlangsung pada minggu lalu. Memandangkan terdapat lebih banyak kenaikan harga dan ia terus kembali ke pasaran, kita boleh mengharapkan pembetulan menaik akan berterusan bagi pasangan mata wang GBP/USD ini. Kebanyakan pegawai BoE dijadualkan akan berucap pada minggu ini dan sudah mula membuat kenyataan bertentangan yang tidak bersetuju dengan dasar Gabenor BoE Andrew Bailey. Saya ingin mengingatkan anda bahawa selepas mesyuarat BoE November, dasar monetari kekal tidak berubah sama sekali, walaupun ramai pedagang bertaruh untuk pengetatan dasar menjelang akhir tahun. Dalam hal ini, tekanan inflasi yang mendadak akan terus menyokong permintaan terhadap pound British. Oleh itu, saya mengesyorkan kepada para pedagang agar mengikut strategi membeli pasangan mata wang ini sekiranya berlaku kejatuhan yang sangat besar, yang akan berlaku dengan berlatar belakangkan ketidaktentuan dalam dasar bank pusat. Laporan COT menunjukkan pesanan membeli bukan komersial meningkat dari 51,912 kepada 57,255, manakala pesanan menjual bukan komersial sedikit mengukuh dari 36,959 kepada 42,208. Ini membawa kepada peralihan menaik dalam pesanan bersih bukan komersial. Delta mencatatkan 15,047 berbanding 14,953 seminggu sebelumnya. Harga penutupan mingguan bagi pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan penurunan ketara berikutan dasar BoE dari 1.3763 kepada 1.3654.

Isyarat indikator:

Moving averages

Dagangan dijalankan di bawah Moving Average (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pembentukan pembetulan menaik pada pasangan mata wang GBP/USD

Penting: Tempoh dan harga pada Moving Average dipertimbangkan oleh pengarang pada carta masa 1 Jam (H1) dan berbeza dengan definisi umum bagi classic daily moving averages pada carta Harian (D1).

Bollinger Bands

Sekiranya berlaku penurunan harga, sempadan bawah indikator pada tahap 1.3380 akan bertindak sebagai sokongan. Penembusan harga pada sempadan atas1.3440 akan membawa kepada gelombang pertumbuhan baharu dalam pound.

Penerangan penunjuk

  • Moving average (moving average, menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30.Grafik ditandakan dengan warna hijau
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan keuntungan adalah spekulator, seperti peniaga individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu
  • Pesanan membeli bukan keuntungan mewakili pesanan membeli terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Pesanan menjual bukan keuntungan mewakili pesanan menjual terbuka pedagang bukan keuntungan Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara kedudukan pendek dan panjang pedagang bukan komersial.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...