Analisis urus niaga pasangan mata wang EUR / USD
Euro menyaksikan penurunan sebanyak 15 pip pada pagi Jumaat sewaktu isyarat untuk kemasukan pesanan menjual yang bertepatan dengan garis MACD berada di kawasan terlebih belian (overboight). Kemudian, pada sebelah petang, satu lagi penurunan harga diperhatikan, kali ini sebanyak 20 pip. Tiada isyarat lain yang muncul sepanjang hari itu.
Data pada Jumaat lalu mengenai pengeluaran perindustrian EU tidak menjejaskan pasaran sama sekali kerana angka itu adalah untuk bulan September tahun ini. Sementara itu, ucapan ahli lembaga ECB Philip Lane telah mendorong pertumbuhan untuk mata wang euro, walaupun ia adalah lebih lemah daripada yang dijangkakan. Laporan AS mengenai sentimen pengguna juga mencatatkan bacaan yang lebih rendah berbanding ramalan, oleh yang demikian, tiada aliran menurun pada pasangan mata wang EUR/USD.
Hari ini, para pedagang disarankan untuk menumpukan perhatian kepada laporan imbangan dagangan asing, serta ucapan Pengerusi ECB, Christine Lagarde. Beliau mungkin akan menyentuh topik dasar monetari, yang akan memberi tekanan kepada euro. Kemudian, pada sebelah petang, sesi dagangan yang lebih tenang dijangkakan, kerana hanya terdapat pengumuman laporan indeks pembuatan dari New York. Terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa ia akan menjejaskan pasaran, oleh yang demikian, jangan mengharapkan kenaikan mendadak dalam mata wang dolar AS.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.1468 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1498. Pertumbuhan harga akan diperhatikan jika zon Eropah melaporkan data yang sangat kukuh mengenai imbangan dagangan asing dan jika ECB menyatakan penyata dasar yang "hawkish".
Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula meningkat daripadanya. Ia adalah juga mungkin untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1445, tetapi garis MACD sepatutnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.1468 dan 1.1498.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan jual euro setelah harga mencapai tahap 1.1445 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1400. Kenyatan yang "Dovish" dari ECB serta bacaan yang dalam laporan imbangan dagangan asing EU akan menolak pasangan mata wang EUR/USD untuk diniagakan lebih rendah lagi.
Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Euro juga boleh dijual pada tahap
1.1613, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.1445 dan 1.1400.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.