Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 22 November. Pound British dan euro diniagakan lemah

parent
Analisis Forex:::2021-11-22T06:24:50

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 22 November. Pound British dan euro diniagakan lemah

Carta 4 jam

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 22 November. Pound British dan euro diniagakan lemah

Butiran teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: trend - menurun

Saluran regresi linear lebih rendah: trend - menurun.

Moving average (20; lancar) - mendatar.

Pasangan mata wang GBP/USD juga diniagakan lemah pada Jumaat lepas. Dan walaupun terdapat ucapan Christine Lagarde tidak ada kaitan dengan pound British atas sebab-sebab yang jelas. Dan tidak ada acara penting lain di UK atau Amerika pada hari Jumaat. Pada awal pagi, laporan dagangan runcit untuk Oktober telah diterbitkan, tetapi datanya ternyata mencatatkan bacaan yang lebih tinggi berbanding ramalan, oleh yang demikian, ia sepatutnya mendorong pertumbuhan bagi mata wang British. Namun begitu, pound sterling juga jatuh dan mula melakukannya secara serentak dengan pasangan mata wang euro/dolar AS. Oleh itu, ternyata gambaran yang aneh apabila kedua-dua pasangan mata wang utama mula menjunam pada masa yang sama, tetapi sebab untuk ini bukanlah "fundamental" dari Amerika Syarikat (seperti yang sering berlaku), tetapi ucapan ketua ECB. Walau bagaimanapun, perlu diakui bahawa pound sterling menghentikan "kemarahan" ini dengan cepat dan mula memulihkan kerugian. Secara umumnya, volatiliti pasaran pada hari Jumaat untuk pasangan mata wang pound/dolar AS adalah lebih rendah daripada pasangan euro/dolar AS, yang sangat jarang berlaku. Apa yang boleh dikatakan tentang gambaran teknikal? Pada Jumaat, terdapat penyatuan harga di bawah garis Moving Average (MA) pada carta 4 jam, oleh yang demikian, trend harga telah berubah kepada aliran menurun pada masa ini. Kedua-dua saluran regresi linear masih menghala ke arah bawah, jadi arah aliran menurun tidak diragui pada masa ini. Jika gambaran teknikal global ditembusi untuk pasangan mata wang euro/dolar AS, maka ia kelihatan agak stabil untuk pasangan pound/dolar AS. Dalam erti kata lain, pound sterling terus menyesuaikan diri terhadap aliran menaik 2020, oleh yang demikian, pergerakan menurun semasa mungkin berakhir pada bila-bila masa. Tetapi terdapat juga kesukaran di sini. Pertama, pergerakan pembetulan sentiasa sukar untuk dilakukan. Kedua, latar belakang fundamental kini amat sukar untuk pound, jadi adalah mustahil untuk membuat ramalan jangka panjang.

Bank of England (BoE) boleh memberi nafas baharu untuk pound, atau ia berpotensi untuk mendorong kesinambungan penurunan harga

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kami tidak melakukan apa-apa selain membincangkan masalah berkaitan protokol rejim kastam di sempadan Ireland Utara. Walau bagaimanapun, topik ini mungkin bertahan selama beberapa bulan lagi. Pada dasarnya, kini anda boleh menyimpan 'bertih jagung', kerana siri baharu yang dikenali sebagai "rundingan EU-UK" bermula. Mari tinggalkan topik ini buat sementara waktu. Hari ini, kami ingin menarik perhatian pedagang kepada fakta bahawa Bank of England mungkin secara drastik mengubah mood pedagang pada bulan Disember, seperti yang berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk pasangan euro/dolar AS. Jika telah menjadi jelas di Kesatuan Eropah baru-baru ini bahawa tidak ada gunanya berharap untuk mengetatkan dasar monetari, maka di UK, BA cenderung untuk menaikkan kadar seawal Disember. Dan ia bukan sebuah jenaka. Walau bagaimanapun, kita masih ingat bahawa pada mesyuarat November, dua ahli jawatankuasa kewangan mengundi menyokong kenaikan kadar. Ini walaupun program QE masih belum mula dikurangkan. Walau bagaimanapun, jika 3 atau 4 ahli mengundi untuk kenaikan kadar pada mesyuarat Disember, ini sudah boleh banyak membantu pound. Jika lima orang mengundi "ya", kadar akan dinaikkan, dan pound mungkin melonjak naik. Seperti yang kita katakan sebelum ini, pengetatan dasar monetari adalah faktor "bullish" yang sangat kuat untuk mata wang negara. Oleh itu, pound mungkin menerima sokongan yang kuat. Lebih-lebih lagi, kami telah menunggu pusingan baharu pertumbuhan pasangan mata wang GBP/USD sebanyak 400-500 mata selama dua minggu. Pada carta 24 jam, anda boleh melihat perkara yang dibincangkan. Ia juga harus diperhatikan bahawa pound tidak mempunyai banyak sebab untuk penurunan seperti mata wang euro. Tiada isyarat untuk perlaksanaan arahan kuarantin baharu di UK, Bank of England sedang bergerak untuk mula mengetatkan dasar monetari, dan ekonomi sedang pulih sekurang-kurangnya. Sudah tentu, terdapat sejumlah besar masalah geopolitik di Kerajaan yang boleh mengakibatkan krisis baru, tetapi buat masa ini, ia hanya bom jangka yang masih boleh dijinakkan. Faktor tempatan mencadangkan bahawa pound tidak sepatutnya jatuh berbanding dolar AS seperti euro.

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 22 November. Pound British dan euro diniagakan lemah

Purata volatiliti bagi pasangan mata wang GBP/USD pada masa ini ialah 74 mata sehari. Untuk pasangan mata wang pound/dolar AS, nilai ini dianggap sebagai "purata". Pada Isnin, 22 November, kami menjangkakan pergerakan harga di dalam saluran, dihadkan oleh tahap 1.3370 dan 1.3518. Pembalikan menaik indikator Heiken Ashi akan menandakan pusingan baharu pergerakan menaik.

Tahap sokongan paling hampir:

S1 – 1.3428

S2 – 1.3397

S3 – 1.3367

Tahap rintangan paling hampir:

R1 – 1.3458

R2 – 1.3489

R3 – 1.3519

Cadangan dagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD telah berjaya mengatasi pergerakan harga pada carta 4 jam. Oleh itu, pada masa ini, adalah perlu untuk kekal dalam pesanan menjual dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.3397 dan 1.3367 jika harga kekal diniagakan di bawah Moving Average (MA). Kemasukan pesanan membeli boleh dipertimbangkan sekiranya pasangan mata wang ini mengukuh di atas MA dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.3518 dan 1.3550 dan sila pastikan pesanan ini dibiarkan terbuka sehingga Heiken Ashi beralih kepada penurunan.

Penjelasan ilustrasi:

Saluran regresi linear - membantu menentukan arah aliran semasa. Jika kedua-duanya diarahkan ke arah yang sama, maka trend itu adalah kuat buat masa sekarang.

Garis moving average (tetapan 20.0, lancar) - menentukan arah aliran jangka pendek dan trend untuk berdagang sekarang.

Tahap Murray - tahap sasaran untuk pergerakan dan pembetulan.

Tahap volatiliti (garisan merah) - saluran harga yang berkemungkinan di mana pasangan mata wang ini akan berdagang pada hari berikutnya, berdasarkan kepada indikator volatiliti semasa.

Indikator CCI - kemasukannya ke dalam kawasan terlebih jualan (overbought)(di bawah -250) atau ke dalam kawasan terlebih belian (overbought)(di atas +250) akan menandakan pembalikan trend ke arah yang bertentangan semakin hampir.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...