Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 26 November

parent
Analisis Forex:::2021-11-26T07:43:20

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 26 November

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Isyarat untuk kemasukan pesanan menjual muncul di pasaran pada Khamis, tetapi tiada pergerakan menurun diperhatikan walaupun garis MACD berada di kawasan terlebih belian (overbought). Nasib baik, terdapat sedikit penurunan beberapa ketika kemudian, walaupun sekitar 10 pip sahaja. Isyarat pembelian muncul pada sebelah petang, tetapi ia juga tidak membawa kepada pergerakan harga yang ketara walaupun garis MACD bergerak di atas sifar. Ini adalah disebabkan volatiliti pasaran yang rendah dan volum dagangan yang disebabkan oleh hujung minggu dan cuti umum di Amerika Syarikat (AS).

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 26 November

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan melemah semalam di tengah-tengah data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih lemah daripada jangkaan di Jerman dan indeks iklim pengguna terkemuka. Tetapi hari ini keadaan mungkin berubah bergantung kepada perubahan dalam agregat M3 bekalan wang zon eropah dan jumlah pinjaman dalam sektor swasta. Gabenor ECB Christine Lagarde juga dijadualkan akan berucap, dan kenyataannya boleh meningkatkan permintaan untuk mata wang euro. Menjelang sebelah petang, volatiliti pasaran dan volum dagangan akan menurun lagi, semuanya disebabkan sesi dagangan yang lebih pendek di pasaran AS

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.1234 (garisan hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1265. Permintaan akan meningkat jika zon Eropah melaporkan statistik ekonomi yang kukuh dan jika Bank Pusat Eropah menyatakan kenyataan yang "hawkish" mengenai dasar monetari.

Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1215, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1234 dan 1.1265.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencapai tahap 1.1215 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1188. Permintaan akan menurun jika situasi dengan COVID-19 meningkat. Data yang lemah di zon eropah juga akan mendorong penurunan harga pada pasangan mata wang EUR/USD.

Sebelum menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak ke bawah daripadanya. Euro juga boleh dijual pada tahap 1.1234, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian(overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.1215 dan 1.1188.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 26 November

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...