Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 13 Disember 2021

parent
Analisis Forex:::2021-12-13T03:43:09

Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 13 Disember 2021

Selepas memyaksikan sedikit penurunan pada Jumaat lalu, pasangan mata wang USD/JPY sekali lagi cuba untuk memulakan pertumbuhan, berjuang dengan rintangan garis MACD pada masa ini. Harga perlu melepasi garis isyarat 113.96 selepas ia menembusi garis indikator ini. Sekiranya pasangan mata wang USD/JPY berjaya, maka tahap sasaran 115.80-116.15 akan dibuka.

Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 13 Disember 2021

Senario yang sama untuk pasangan mata wang dan dalam arah yang bertentangan: selepas harga bergerak di bawah tahap sokongan 113.21, harga perlu mengatasi tahap isyarat menurun 112.54, dan kemudian tahap sasaran 110.77 akan dibuka. Oleh itu, harga berkemungkinan besar akan berlegar secara bebas di sekitar tahap 112.54-113.96 untuk tempoh masa yang lama. Walau bagaimanapun, mesyuarat Rizab Persekutuan dijadualkan akan berlangsung pada hari Rabu yang akan dengan mudah menolak harga daripada julat harga ini. Bank pusat AS dijangka akan mengukuhkan pendirian "hawkish" dan dolar AS akan mengukuh berbanding semua aset global utama. Oleh itu, senario utama adalah trend menaik - pasangan mata wang ini akan meningkat ke julat sasaran 115.80-116.15.

Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 13 Disember 2021

Pada pagi ini, harga dilihat telah melepasi indikator garis imbangan dan MACD pada carta empat jam, manakala Marlin Oscillator masih dalam zon negatif. Kami sedang mengikuti perkembangan acara.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...