Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 20 Oktober 2022

parent
Analisis Forex:::2022-10-20T05:51:34

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 20 Oktober 2022

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah bergerak dari tahap 1.1410 dan kini mengukuh di sekitar sokongan teknikal yang dilihat pada 1.1224 (sokongan teknikal urusniaga). Sila ambil perhatian bahawa masih terdapat gelombang C yang menunggu untuk meningkat lebih tinggi kerana kitaran pembetulan ABC masih belum selesai, namun mana-mana penembusan harga di bawah tahap 1.0923 akan membatalkan senario kitaran pembetulan ABC. Momentum sudah negatif, oleh yang demikian, sila lihat tahap sokongan teknikal untuk sebarang isyarat penurunan, kerana kesinambungan pergerakan menurun mungkin akan mencecah sokongan teknikal seterusnya yang terletak pada tahap 1.1037.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 20 Oktober 2022

Tahap Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.14475

WR2 - 1.13577

WR1 - 1.13206

Pivot Mingguan - 1.12679

WS1 - 1.12308

WS2 - 1.11781

WS3 - 1.10883

Tinjauan Dagangan:

Aliran menurun masih mendominasi mata wang GBP dan sasaran jangka panjang seterusnya untuk mata wang ini ialah tahap pariti. Tahap 1.0351 masih belum diuji sejak tahun 1985, oleh yang demikian, arah aliran menurun adalah kukuh, bagaimanapun, pasaran sudah terlebih jualan (oversold) pada carta masa yang lebih besar. Untuk menamatkan aliran menurun, kenaikkan harga perlu menembusi di atas tahap 1.2275 (ayunan tinggi dari 10 Ogos).

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...