Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 22 Disember

parent
Analisis Forex:::2021-12-22T08:02:11

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 22 Disember

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Pound mencatatkan pertumbuhan sebanyak 35 pips pada pagi Selasa, terima kasih kepada isyarat kemasukan pesanan membeli yang muncul apabila garis MACD bergerak di atas sifar. Ia membenarkan pedagang untuk membuka pesanan membeli dengan selamat, mendorong kenaikan pasangan mata wang GBP/USD. Mereka yang menunjukkan kekangan, menunggu pergerakan ke arah tahap 1.3269, memperoleh 45 pips keuntungan.

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 22 Disember

Jualan runcit di UK telah mengecewakan pedagang, oleh yang demikian, pasangan mata wang GBP/USD gagal untuk naik semalam. Data itu berkata jualan meningkat pada kadar yang lebih perlahan pada Disember ini, meningkat hanya 8 mata berbanding 39 mata pada November. Kebiasaannya, jualan melonjak sebanyak 15% pada bulan ini, jadi melihat angka semasa membimbangkan, kerana ia boleh membawa kepada kelembapan dalam pertumbuhan KDNK pada suku ke-4. Imbangan pembayaran di AS juga memperlahankan rali pound walaupun ia tidak menyokong dolar AS.

GBP cenderung untuk mengukuh pada hari ini, tetapi hanya jika laporan tentang KDNK UK dan imbangan pembayaran mencatatkan bacaan melebihi jangkaan. Pada sebelah petang, AS akan mengeluarkan laporan mengenai KDNK suku ke-3, jualan rumah dan keyakinan pengguna, jika ia menunjukkan angka yang lebih baik daripada jangkaan, akan mengukuhkan lagi kedudukan dolar AS berbanding pound.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.3264 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3302 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pertumbuhan hagra akan diperhatikan jika data di UK melebihi jangkaan dan jika situasi mengenai coronavirus bertambah baik.

Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3236, tetapi garis MACD sepatutnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.3264 dan 1.3302.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.3236 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3197. Data buruk mengenao KDNK UK dan statistik yang baik tentang AS akan mempengaruhi pertumbuhan pasangan mata wang GBP/USD pada sebelah petang.

Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pasangan mata wang ini juga boleh dijual pada tahap 1.3264, tetapi garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.3236 dan 1.3197.Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 22 Disember

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...