Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pasangan mata wang AUD/USD sedang menuju ke arah aliran menurun utama

parent
Analisis Forex:::2022-10-27T03:29:05

Pasangan mata wang AUD/USD sedang menuju ke arah aliran menurun utama

Pasangan mata wang AUD/USD meneruskan pertumbuhannya apabila USD terjejas ekoran kejatuhan DXY. Kecenderungan pasaran adalah menaik dalam dagangan jangka pendek, oleh yang demikian, pertumbuhan selanjutnya diutamakan. Harga diniagakan pada tahap 0.6503 sewaktu penulisan artikel dan berpotensi untuk menghampiri dan mencapai tahap tinggi baharu.

Dari segi fundamental, Aussie menerima bantuan daripada data ekonomi Australia hari ini. IHP meningkat sebanyak 1.8% berbanding jangkaan 1.6%, manakala CPI melonjak sebanyak 1.8% melebihi pertumbuhan 1.5% yang dijangkakan.

Sebaliknya, USD menurun selepas lapora =n Keyakinan Pengguna CB, PMI Awal Perkhidmatan dan PMI Awal Pembuatan mencatatkan bacaan yang lebih teruk daripada yang dijangkakan dalam dua hari lepas. Esok, penerbitan ECB dan US Advance GDP benar-benar boleh menggoncang pasaran, itulah sebabnya anda perlu berhati-hati.

Saluran Menaik AUD/USD!

Pasangan mata wang AUD/USD sedang menuju ke arah aliran menurun utama

Pasangan mata wnag AUD/USD melonjak lebih tinggi dalam corak saluran menaik. Kekal berdagang berhampiran tahap 0.6411 akan menandakan penembusan harga yang akan berlaku dan kesinambungan kenaikkan harga. Ia juga telah mengabaikan R1 (0.6450) dan hampir mencapai rintangan statik R2 (0.6520).

Selagi ia kekal diniagakan di atas R1 (0.6450) dan di atas garis aliran menaik, kecenderungan pasaran adalah menaik kerana kadar boleh menghampiri dan mencapai tahap tinggi baharu.

Ramalan dagangan AUD/USD!

Penembusan harga yang sah di atas R2 (0.6520), lonjakan harga dan menstabilkan di atas tahap tersebut akan mengaktifkan pertumbuhan selanjutnya sekurang-kurangnya ke arah garis atas saluran. Senario ini boleh membawa peluang untuk kemasukan pesanan membeli baharu.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...