Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
Pasangan mata wang GBP/USD telah pun memulakan pembetulan menurun pada hari Selasa, tetapi lantunan semula daripada tahap 1.3406 mencetuskan kenaikan baru dalam mata wang British, yang telah meningkat hampir 300 mata dalam tempoh dua minggu yang lalu tanpa sebarang penarikan semula harga. Sukar untuk kita menilai sejauh mana pertumbuhan mata wang British ini wajar dari sudut fundamental, tetapi dari sudut teknikal, ia adalah wajar. Tiada statistik makroekonomi atau acara fundamental sama ada di UK atau AS pada Rabu. Laporan-laporan di Amerika Syarikat (AS) itu, yang kami bincangkan dalam artikel pasangan mata wang euro/dolar AS, secara teorinya hanya boleh mencetuskan reaksi pasaran sedemikian, tetapi dalam apa jua keadaan, pergerakan yang kuat bermula sebelum ia diterbitkan. Lebih-lebih lagi, dalam beberapa jam. Oleh itu, kemungkinan besar, ia tidak ada kaitan dengannya. Pasangan mata wang pound/dolar AS juga menunjukkan volatiliti yang mengagumkan hampir 100 mata. Satu-satunya perbezaan ialah aliran menaik dikekalkan untuk pound, manakala aliran mendatar kekal untuk euro. Hanya satu isyarat dagangan dijana. Dan ia memerlukan analisis terperinci, kerana ia agak rumit dan samar-samar. Pada pandangan pertama, semuanya baik-baik saja, kerana harga melantun daripada tahap 1.3406. Tetapi pada pandangan kedua, semuanya tidak begitu baik, kerana harganya tidak mencapai 2 mata ke tahap ini. Ralat ini boleh diabaikan dan anda masih boleh membuka posisi beli, hanya tahap 1.3406 hilang kaitannya sehari sebelumnya, apabila harga mengabaikannya sepenuhnya. Selanjutnya, pada carta 4 jam jelas diperhatikan bahawa pada masa yang sama harga masih melantun, tetapi dari garis kritikal Kijun-sen, yang mula berkembang dengan mendadak. Kami tidak boleh memaparkan perubahannya pada siang hari sebagai satu garis pada carta 5 minit, tetapi masih terdapat lantunan daripadanya, oleh yang demikian, pesanan membeli masih harus dibuka. Dan ia ternyata menguntungkan, kerana harga kemudiannya meningkat ke tahap rintangan 1.3498, dari mana ia membuat lantunan yang sempurna. Oleh itu, dagangan sepatutnya ditutup di sekitar tahap ini untuk keuntungan kira-kira 66 mata.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 1 Jam
Berdasarkan kepada carta 1 jam, pasangan mata wang pound/dolar AS dilihat telah membuat pembetulan ke garis aliran menaik dan melantun daripadanya. Oleh itu, isyarat bagi kemasukan pesanan membeli telah dibentuk semalam pada carta 1 jam, yang juga boleh diselesaikan. Setakat ini, aliran menaik berterusan, dan paun terus berkembang, tetapi sudah tiba masanya untuk membetulkan ke arah bawah. Jika harga bergerak di bawah garis arah aliran, maka penurunan harga akan bermula. Berikut adalah tahap utama pada 30 Disember: 1.3362, 1.3513, 1.3570. Garis Senkou Span B (1.3302) dan Kijun-sen (1.3443) juga boleh menjadi sumber isyarat. Isyarat boleh menjadi "lantunan" dan "penembusan" harga pada tahap dan garis ini. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal apabila harga melepasi 20 mata ke arah yang betul. Indikator garis Ichimoku boleh bergerak pada siang hari, yang harus diambil kira semasa mencari isyarat dagangan. Tiada penerbitan atau acara penting yang dijadualkan di UK dan Amerika Syarikat pada hari Khamis. Namun, sejak kebelakangan ini, pound tidak memerlukannya untuk menunjukkan pergerakan dan trend yang agak tidak menentu.
Kami mengesyorkan anda agar membiasakan diri dengan:
Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR/USD. 30 Disember. Situasi wabak di dunia semakin merosot, pedagang sedang berehat dan bercuti.
Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 30 Disember. Pound terus mengabaikan statistik kes yang mengerikan di UK.
Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 30 Disember. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan tawaran dagangan.
Laporan COT
Mood pedagang komersial menjadi lebih lemah semasa minggu pelaporan lalu (7-13 Disember). Pedagang komersil menutup 6,700 pesanan menjual (short) dan 20,100 pesanan membeli (long) sepanjang minggu. Oleh itu, pesanan bersih untuk kumpulan pedagang "bukan komersial" berkurangan sebanyak 13,400 kontrak, di mana ini adalah jumlah yang agak besar untuk pound. Oleh itu, tidak seperti mata wang euro, pound, menurut laporan COT, kesinambungan penurunan harga agak munasabah: pemain utama terus menjualnya. Walau bagaimanapun, indikator garis hijau dan merah pertama (yang menandakan pesanan bersih kumpulan bukan komersil dan komersial) telah pun berjauhan antara satu sama lain. Adalah diingatkan bahawa pemadaman sebegitu menandakan penghujung aliran yang akan berlaku. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana andaian fundamental, isyarat teknikal khusus diperlukan untuk menyelesaikan hipotesis ini, yang mana ia tidak tersedia pada masa ini. Jika kita tidak mengambil kira kenaikan kadar utama oleh Bank of England (BoE), maka tiada sebab fundamntal khusus untuk pertumbuhan pound sekarang. Turut diingatkan bahawa Perdana Menteri Boris Johnson terus terlibat dalam pelbagai skandal di Great Britain dan sudah ada desas desus yang mengatakan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebelum tamat tarikh akhir. Pandemik di UK semakin meningkat dan terus mencatatkan bacaan anti-rekod untuk jumlah jangkitan harian. Omicron juga merebak dengan agak pantas ke seluruh negara, mewujudkan risiko tambahan untuk sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi. London, sebaliknya, tidak dapat mencari bahasa yang sama dengan Paris dan Brussels, yang mengancamnya dengan kemerosotan hubungan dengan jiran terdekatnya dan kehilangan pasaran untuk penjualan produk. Tetapi tidak ada berita positif.
Penjelasan untuk carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membuka pesanan membeli atau menjual pasangan mata wang. Anda boleh meletakkan pesanan Take Profit berhampiran pada tahap ini.
Garis Kijun-sen dan Senkou Span B ialah garis indikator Ichimoku yang dipindahkan ke carta 1 Jam daripada carta 4 Jam.
Kawasan sokongan dan rintangan ialah kawasan harga di mana ia telah melantun semula.
Garis kuning ialah garis arah aliran, saluran aliran dan sebarang corak teknikal lain.
Indikator 1 pada carta COT ialah volume pesanan bersih bagi setiap kategori pedagang.
Indikator 2 pada carta COT ialah volume pesanan bersih untuk kumpulan bukan komersial.