Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang GBP/USD telah melantun semula dari tahap 1.1496 dan didagangkan sekitar 30 tempoh purata pergerakan (MA) yang dilihat pada tahap 1.1540. Kenaikan harga perlu melanjutkan lantunan ke arah lanjutan Fibonacci 61% bagi gelombang A yang dilihat pada tahap 1.1625 dan penembusan ke arah tahap sasaran yang diunjurkan terletak pada tahap 1.1717 (zon bekalan) atau lebih tinggi. Sokongan teknikal intraday dilihat pada tahap 1.1496 dan 1.1463. Momentum adalah kuat dan positif, yang menyokong prospek kenaikan harga jangka pendek untuk GBP. Hanya penembusan yang secara tiba-tiba dan kuat di bawah sokongan teknikal yang terletak pada 1.1410 akan mengubah prospek yang akan berlaku kepada penurunan harga.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.16573
WR2 - 1.16258
WR1 - 1.16072
Pivot Mingguan - 1.15943
WS1 - 1.15757
WS2 - 1.15628
WS3 - 1.15313
Tinjauan Dagangan:
Walaupun pembetulan ABC menaik baru-baru ini ke arah tahap 1.1625, penurunan masih mengekalkan Cable (pasangan GBP/USD) dan sasaran jangka panjang seterusnya bagi mereka ialah tahap pariti. Tahap 1.0351 belum diuji sejak tahun 1985, jadi aliran menurun adalah kukuh, bagaimanapun, pasaran sudah terlebih jual pada carta masa yang lebih lama. Untuk menamatkan aliran menurun, kenaikkan perlu menembusi di atas tahap 1.2275 (ayunan tinggi dari 10 Ogos).