Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis fundamental pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Januari 2022

parent
Analisis Forex:::2022-01-10T08:33:06

Analisis fundamental pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Januari 2022

Analisis fundamental pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Januari 2022

Pergerakan menaik pada pasangan mata wang GBP/USD diteruskan pada hari Jumaat, ekoran lantunan daripada Moving Averages (MA). Oleh yang demikian, pasangan mata wang ini berada dalam aliran menaik, yang ditunjukkan oleh MA dan saluran regresi linear menurun. Sejak pertengahan Disember apabila pound mula berkembang (sejurus selepas BoE menaikkan penanda aras untuk kadar faedah), tiada satu pembetulan berlaku dan sterling telah melonjak lebih 400 pips. Langkah ini adalah contoh yang je;as bagaimana pasaran harus bertindak balas terhadap laporan fundamental penting. Oleh itu, setiap kali anda mendapati pergerakan 20-30 pip yang boleh menjadi tindak balas kepada sebarang peristiwa, anda harus ingat bahawa ia mungkin hanya bunyi. Memandangkan harga masih di atas MA, aliran menaik berterusan. Akibatnya, pedagang boleh mempertimbangkan untuk membeli pound. Pada asasnya, pertumbuhan jangka pendek mata wang sterling sepatutnya berhenti pada tahap ini. Pergerakan 400 pip adalah reaksi yang baik daripada sebut harga terhadap keputusan BoE. Sementara itu, pound cenderung untuk melanjutkan kenaikan dalam jangka pertengahan jika Rizab Persekutuan AS tidak mengambil pendirian yang lebih "hawkish" terhadap dasar monetari. Terdapat kemungkinan bahawa 2-3 kenaikan kadar sudah ditetapkan dalam kadar dolar semasa tahun ini. Oleh yang demikian, pertumbuhan lanjut mata wang Amerika dijangkakan, namun tidak jelas.

Omicron kurang berbahaya tetapi merebak lebih menular

Omicron menular lebih cepat daripada varian yang terdahulu. Pada masa yang sama, ia kurang berbahaya kepada manusia. Ini bermakna ia kurang berkemungkinan menyebabkan komplikasi dan kemasukan ke hospital yang boleh mengakibatkan kematian pesakit. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dunia mengetahui tentang itu, ramai pakar epidemiologi dan doktor berkata bahawa simptom ringan varian Omicron boleh diimbangi dengan mudah dengan penyebarannya yang lebih cepat. Fakta ini disahkan oleh apa yang sedang berlaku di UK di mana kerajaan terpaksa melibatkan angkatan tenteranya untuk menyokong NHS di tengah-tengah kekurangan kakitangan akibat Covid-19. Negara ini melaporkan kira-kira 150K-200K kes jangkitan baharu setiap hari pada minggu lepas. Semasa dua gelombang wabak sebelumnya, kadar jangkitan harian tertinggi yang direkodkan ialah 60K kes. Oleh yang demikian, tidak hairanlah, hospital di UK telah dipenuhi dengan pesakit positif Covid. Downing Street mengumumkan bahawa lebih daripada 2,000 tentera dihantar untuk menyokong NHS. Perdana Menteri Boris Johnson berkata tiada penutupan diperlukan kerana simptom varian terbaru virus itu adalah ringan. Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa NHS akan menghadapi beberapa minggu yang sukar berikutan kekurangan kakitangan kerana ramai pekerja hospital perlu menjalani kuarantin. Selain itu, terdapat penyakit lain selain daripada coronavirus. Ini bermakna kekurangan kakitangan juga boleh menjejaskan orang lain di UK yang memerlukan rawatan atau menunggu pembedahan. Jadi, Johnson mungkin menghadapi bahagian baharu kritikan dalam masa terdekat, walaupun sangat sedikit di Parlimen Britain menyokong pengenalan perintah berkurung. Mereka terutamanya Buruh dan pengikut mereka yang menyokong kuarantin yang ketat.

Secara umumnya, Boris Johnson mungkin betul pada satu ketika bahawa beliau menentang pengenalan perintah berkurung. Pasaran pertukaran asing sekurang-kurangnya tidak bimbang tentang perkara ini dan PMI UK untuk Disember tidak menunjukkan penurunan. Mungkin keputusan ini akan kurang memudaratkan ekonomi pada kali ini.

Analisis fundamental pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Januari 2022

Pada 10 Januari, volatiliti bagi pasangan mata wang GBP/USD berjumlah 87 pip. Hari ini, pasangan mata wang pound/dolar AS dijangka bergerak dalam julat antara 1.3498 dan 1.3671. Pembalikan menurun Heiken Ashi mungkin akan menandakan pembetulan harga.

Tahap sokongan paling hampir:

S1 – 1.3550

S2 – 1.3519

S3 – 1.3489

Tahap rintangan paling hampir:

R1 – 1.3580

R2 – 1.3611

R3 – 1.3641

Gambaran dagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan kukuh, menurut pada carta 4 Jam. Oleh yang demikian, kemasukan pesanan membeli boleh dibuka pada tahap 1.3641 dan 1.3671 sehingga pembalikan menurun Heiken Ashi diperhatikan. Pedagang boleh mempertimbangkan untuk menjual pasangan mata wang ini sekiranya harga mengukuh di bawah MA dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.3489 dan 1.3458 sehingga Heiken Ashi membuat pembalikan menaik.

Indikator pada carta:

Saluran regresi linear - membantu menentukan arah aliran semasa. Jika kedua-duanya diarahkan ke arah yang sama, maka trend itu adalah kuat buat masa sekarang.

Garis moving average (tetapan 20.0, lancar) - menentukan arah aliran jangka pendek dan trend untuk berdagang sekarang.

Tahap Murray - tahap sasaran untuk pergerakan dan pembetulan.

Tahap volatiliti (garisan merah) - saluran harga yang berkemungkinan di mana pasangan mata wang ini akan berdagang pada hari berikutnya, berdasarkan kepada indikator volatiliti semasa.

Indikator CCI - kemasukannya ke dalam kawasan terlebih jualan (overbought)(di bawah -250) atau ke dalam kawasan terlebih belian (overbought)(di atas +250) akan menandakan pembalikan trend ke arah yang bertentangan semakin hampir.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...