Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 11 Januari. Laporan COT. Pound meneruskan percubaan untuk mengukuh di atas tahap 1.3600

parent
Analisis Forex:::2022-01-11T08:19:54

GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 11 Januari. Laporan COT. Pound meneruskan percubaan untuk mengukuh di atas tahap 1.3600

Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Semalam hanya satu isyarat dagangan yang telah dibentuk untuk memasuki pasaran pada separuh kedua hari. Mari kita lihat carta 5 minit dan menghuraikan titik kemasukan. Dalam ramalan saya di sebelah pagi, saya memberikan perhatian kepada tahap 1.3602 dan menasihati anda untuk membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Percubaan trend menaik untuk mencapai tahap tinggi baharu tidak berjaya. Pembentukan penembusan harga palsu pada tahap 1.3602 telah menghasilkan isyarat untuk menjual pound British, selepas itu pasangan mata wang ini jatuh ke tahap 1.3562, dan kemudian menembusinya, yang membawa kepada pergerakan harga yang lebih besar ke kawasan 1.3528 - lebih daripada 70 mata secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, secara literal beberapa mata telah hilang sebelum harga menguji tahap 1.3528, oleh itu, ia adalah tidak mungkin untuk mendapatkan titik kemasukan pesanan membeli dari sana. Sehingga hari ini, gambaran teknikal langsung tidak berubah.

Sebelum menganalisis gambaran teknikal pound, mari kita lihat apa yang berlaku dalam pasaran hadapan. Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 4 Januari mendedahkan peningkatan mendadak dalam pesanan membeli dan penurunan dalam pesanan menjual - yang menunjukkan peningkatan dalam permintaan mata wang pound selepas Bank of England (BoE) menaikkan kadar faedah pada akhir tahun lepas. Jika anda melihat kepada gambaran keseluruhan, prospek untuk pound British kelihatan agak baik. Keputusan BoE terus menyokong pembeli aset berisiko dengan jangkaan bahawa bank pusat akan terus menaikkan kadar faedah pada tahun ini, yang akan menjadikan pound lebih menarik. Inflasi yang tinggi kekal sebagai sebab utama mengapa BoE akan terus mengetatkan dasar monetari. Sebaliknya, dolar AS juga mendapat sokongan: data inflasi AS dijadualkan akan dikeluarkan pada minggu ini, yang, bersama-sama dengan laporan terbaru mengenai pasaran buruh AS, sudah tentu akan memaksa Rizab Persekutuan untuk bertindak lebih agresif. Kenaikan kadar faedah pertama dirancang pada musim bunga, yang akan menjadikan dolar AS lebih menarik. Laporan COT untuk 4 Januari menunjukkan bahawa pesanan pembelian bukan komersial meningkat 20,824 kepada paras 25,980, manakala pesanan penjualan bukan komersial jatuh daripada tahap 78,510 kepada 65,151. Ini membawa kepada perubahan serius dalam pesanan bersih bukan komersial negatif daripada -57,686 kepada -39,171. Harga penutupan mingguan meningkat daripada tahap 1.3209 kepada 1.3482.

GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 11 Januari. Laporan COT. Pound meneruskan percubaan untuk mengukuh di atas tahap 1.3600

Hari ini, peserta pasaran sekali lagi tidak mempunyai statistik fundamental yang penting untuk UK, yang entah bagaimana boleh mempengaruhi arah pergerakan pound. Kemungkinan besar, semasa sesi dagangan Eropah, dagangan akan kekal dalam saluran mendatar dengan prospek pertumbuhan selanjutnya bagi pound mengikut arah aliran yang terbentuk pada awal Disember tahun ini. Pergerakan yang lebih besar dijangka hanya semasa sesi dagangan AS, apabila wakil bank pusat AS bersama Pengerusi Fed, Jerome Powell berucap. Tugas utama kenaikan harga hari ini adalah untuk melindungi tahap sokongan 1.3566. Tahap ini adalah sangat penting, kerana penembusan harga pada tahap ini berkemungkinan besar akan memaksa pedagang untuk mengambil keuntungan daripada tahap tinggi Januari, yang akan membawa kepada pembentukan tekanan ke atas pound dan kejatuhan utamanya. Pembentukan penembusan harga palsu pada tahap 1.3566 akan menawarkan isyarat untuk kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan prospek kesinambungan pasaran menaik yang akan mensasarkan penembusan berulang tahap rintangan 1.3602, harga masih tidak mungkin akan berhasil menembusi di atasnya. Penembusan dan ujian harga pada tahap ini dari atas ke bawah akan menawarkan titik kemasukan tambahan dan mengukuhkan trend kenaikkan untuk meneruskan pertumbuhan pasangan mata wang dan mengemas kini tahap tinggi: 1.3649 dan 1.3694. Tahap 1.3754 adalah sasaran yang selanjutnya, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pound diniagakan lemah semasa sesi dagangan Eropah dan kekurangan aktiviti pada tahap 1.3566, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan cadangan untuk membuka pesanan membeli ke tahap 1.3532 - seperti yang kita lihat semalam, terdapat sebilangan besar pembeli yang statik di kawasan ini. Pembentukan penembusan harga palsu di sana akan menawarkan titik kemasukan pesanan dengan harapan dapat mengekalkan momentum kenaikan harga. Anda boleh membeli pasangan mata wang GBP/USD serta-merta pada lantunan semula harga daripada tahap 1.3496, atau lebih rendah lagi - daripada tahap rendah seperti 1.3461, dengan mengandaikan pembetulan sebanyak 20-25 mata dalam masa sehari.

Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Trend penurunan harga telah berjaya menawan semula tahap 1.3602 pada semalam, kembali berdagang ke dalam saluran. Selepas itu, satu lagi pembetulan menurun berlaku, yang hanya menjadi alasan untuk membuka pesanan membeli di pihak pemain utama. Tugas utama penurunan harga adalah untuk melindungi tahap 1.3602. Membentuk penembusan harga palsu pada tahap ini, dengan analogi semalam, telah menghasil titik kemasuakan pertama untuk pesanan menjual, diikuti dengan penurunan harga ke kawasan 1.3566, tepat di atas mana Moving Average (MA) yang sedang memihak kepada kenaikkan harga. Pasangan mata wang GBP/USD perlu berusaha keras untuk menembusi tahap ini, kerana kenaikan harga jelas tidak berniat untuk melepaskan aliran menaik. Penembusan harga pada tahap 1.3566 akan membawa kepada penembusan beberapa pesanan Bull Stop, dan ujian terbalik dari bawah ke atas akan meningkatkan tekanan ke atas pound dan melontarkannya ke sokongan seterusnya 1.3532, di mana, seperti yang saya nyatakan di atas, terdapat aliran menaik yang mensasarkan angka baharu. Hanya penyatuan dan ujian terbalik 1.3532 dari bawah ke atas akan menawarkan titik kemasukan baru pesanan menjual dengan prospek penurunan pasangan mata wang GBP/USD pada 1.3496 dan 1.3461, di mana saya mengesyorkan pedagang untuk mengambil keuntungan. Jika pasangan mata wang ini berkembang semasa sesi dagangan Eropah dan penurunan harga lemah pada tahap 1.3602, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan pesanan menjual ke tahap rintangan yang lebih besar pada 1.3649. Saya juga menasihati anda untuk membuka pesanan menjual di sana hanya sekiranya berlaku penembusan harga palsu. Terdapat kemungkinan untuk menjual pasangan mata wang GBP/USD serta-merta untuk lantunan harga daripada tahap tinggi 1.3694, atau lebih tinggi lagi - dari kawasan 1.3754, dengan mengandaikan lantunan semula penurunan pasangan mata wang GBP/USD sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 11 Januari. Laporan COT. Pound meneruskan percubaan untuk mengukuh di atas tahap 1.3600

Isyarat indikator:

Pasangan mata wang GBP/USD kini diniagakan di atas Moving Average (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pertumbuhan berterusan pound dalam dagangan jangka pendek.

Moving averages

Nota: Tempoh dan harga pada Moving Average dipertimbangkan oleh pengarang pada carta masa 1 Jam (H1) dan berbeza dengan definisi umum bagi classic daily moving averages pada carta Harian (D1).

Bollinger Bands

Penembusan harga pada sempadan bawah indikator di kawasan 1.3540 akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang GBP/USD. Penembusan sempadan atas di kawasan 1.3605 akan membawa kepada gelombang pertumbuhan baharu bagi pound.

Huraian Indikator:

  • Moving average (moving average, menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30.Grafik ditandakan dengan warna hijau
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan keuntungan adalah spekulator, seperti peniaga individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu
  • Pesanan membeli bukan keuntungan mewakili pesanan membeli terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Pesanan menjual bukan keuntungan mewakili pesanan menjual terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara pesanan menjual dan membeli pedagang bukan komersial.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...