Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang wang GBP/USD pada 17 Januari? Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2022-01-17T01:34:07

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang wang GBP/USD pada 17 Januari? Tip mudah untuk pedagang baru

Analisis tawaran dagangan yang terdahulu:

Pasangan mata wang wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang wang GBP/USD pada 17 Januari? Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang GBP/USD juga diniagakan lemah hampir sepanjang hari pada Jumaat lepas. Dan sama seperti dalam kes pasangan mata wang euro/dolar AS, penurunan harga ini berlaku tanpa mengambil kira statistik makroekonomi. Terdapat data lain selain laporan AS dan untuk pasangan mata wang pound/dolar AS. Laporan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pengeluaran perindustrian telah diterbitkan di UK. Laporan ini mungkin tidak mempunyai kecenderungan yang sama seperti yang dilaporkan oleh AS, tetapi apakah perbezaannya jika pedagang mengabaikannya? Mata wang British tidak mula jatuh serta-merta, seperti mata wang Eropah, tetapi ia memulakannya pada akhirnya. Dan pada penghujung hari dagangan, ia ternyata berada berhampiran garis arah aliran menaik, yang ia telah berjaya tembusi lebih daripada sekali sejak kebelakangan ini. Dan pada masa semasa, kita boleh mengatakan bahawa ia sekali lagi melantun daripadanya. Iaitu, aliran menaik masih dikekalkan. Namun begitu, ada sebab untuk mempercayai bahawa akan terdapat kesinambungan pergerakan menurun pada esok. Pound tekag meningkat terlalu tinggi.

Pasangan mata wang wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang wang GBP/USD pada 17 Januari? Tip mudah untuk pedagang baru

Pergerakan harga bagi pasangan mata wang pound/dolar AS pada carta 5 minit pada hari Jumaat adalah sangat menyenangkan. Pasangan mata wang ini dilihat telah bergerak ke arah yang sama untuk hampir sepanjang hari, tetapi walaupun kita mengambil kira pembalikan harga di sekitar tahap 1.3740 semasa sesi dagangan Eropah, ia adalah selancar dan mudah yang mungkin untuk pedagang baru. Oleh itu, ia hanya tinggal untuk menyelesaikan semua isyarat dagangan. Pasangan mata wang ini diniagakan lebih tinggi pada separuh pertama sesi Eropah. Statistik British memberikan bantuan minimum kepada pound British, tetapi pedagang masih gagal untuk mengatasi tahap 1.3740 dengan bantuannya. Ia diikuti dengan lantunan semula harga, yang merupakan isyarat dagangan untuk kemasukan pesanan menjual. Isyarat yang sangat tepat. Oleh itu, adalah perlu untuk membuka pesanan menjual pada masa ini. Menjelang pertengahan sesi dagangan AS, apabila semua statistik makroekonomi AS diabaikan, pasangan mata wang itu tergelincir dalam perjalanan menuju ke kawasan sokongan 1.3688-1.3695 dan mengatasinya dalam kira-kira sejam. Oleh itu, adalah perlu untuk kekal pada pesanan menjual, tetapi harga tidak mencapai sasaran seterusnya dan menjelang penghujung hari, ia bagaimanapun memulakan pembetulan terhadap pergerakan utama. Walau bagaimanapun, dalam apa jua keadaan, pasangan mata wang itu tidak boleh melepasi tahap 1.3688, oleh yang demikian pedagang baru dalam apa jua keadaan akan menerima keuntungan yang mengagumkan pada isyarat menjual.

Bagaimana untuk berdagang pada hari Isnin:

Berdasarkan kepada carta 30 minit, aliran menaik akan dilanjutkan kerana harga terus bergerak lebih tinggi. Oleh itu, walaupun garis arah aliran menaik tidak lagi relevan, pesanan membeli kekal lebih baik, kerana harga secara rasmi terletak di atasnya. Pada carta 5 minit, adalah disyorkan untuk berdagang pada tahap 1.3603 esok, 1.3638-1.3652, 1.3688-1.3695, 1.3708, 1.3740. Harga boleh melantun daripada tahap ini, atau ia boleh mengatasinya. Seperti sebelum ini, Take Profit ditetapkan pada jarak 40-50 mata. Pada carta 5 minit, anda boleh menggunakan semua tahap harga yang terdekat sebagai sasaran, tetapi kemudian anda perlu mengambil keuntungan, dengan mengambil kira kekuatan pergerakan. Apabila harga melepasi 20 mata ke arah yang betul, kami mengesyorkan kepada para pedgaang untuk menetapkan Stop Loss ke titik pulang modal. Tiada laporan penting yang dijadualkan akan dikeluarkan di UK esok, begitu juga di AS.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikator MACD terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyeberang, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disyorkan untuk menggunakan indikator ini dalam kombinasi dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa keluar mereka, adalah disyorkan untuk berdagang dengan berhati-hati yang mungkin atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru di Forex perlu ingat bahawa tidak setiap perdagangan menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...