Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Januari

parent
Analisis Forex:::2022-01-17T07:48:00

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Januari

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai paras 1.1464 sewaktu garis MACD bergerak di bawah sifar. Ia telah menghasilkan isyarat untuk kemasukan pesanan menjual di pasaran, tetapi tidak menyebabkan penurunan mendadak seperti yang dijangkakan. Pada sebelah petang, keadaan yang sama muncul, dan kali ini pasangan mata wang ini turun lebih daripada 50 pips.

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Januari

Euro diniagakan kukuh pada awal Jumaat kerana data mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari Jerman mencatatkan bacaan melebihi ramalan. Kemudian, menjelang tengah hari, terdapat penurunan dalam pasangan mata awang EUR/USD kerana kenyataan daripada Presiden ECB Christine Lagarde adalah sama seperti sebelum ini. Permintaan untuk mata wang dolar AS juga meningkat walaupun terdapat laporan yang lemah mengenai pengeluaran perindustrian AS dan perdagangan runcit. Nampaknya, ahli Fed menjelaskan bahawa mereka bersedia untuk bertindak lebih agresif dari segi dasar monetari.

Hari ini, Itali dijadualkan akan mengeluarkan data mengenai harga pengguna, diikuti dengan mesyuarat Eurogroup.

Tetapi mereka mempunyai sedikit peluang untuk menjejaskan pasaran, jadi dagangan akan kekal separuh pada waktu pagi. Dalam sesi AS, volum dagangan akan menjadi rendah kerana sambutan Hari Martin Luther King. Kemungkinan besar, penurunan harga akan cuba untuk menembusi paras rendah Jumaat, oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk membuka pesanan menjual pada pasangan mata wang EUR/USD.

Untuk membuka pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1437 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1542. Pertumbuhan harga akan berlaku jika laporan dari zon Eropah mencatatkan bacaan melebihi ramalan.

Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula meningkat daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1412, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1437 dan 1.1472.

Untuk membuka pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1412 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1375. Pasangan mata wang EUR/USD akan menurun jika data ekonomi dari Itali ternyata lebih rendah daripada jangkaan. Keputusan mesyuarat Eurogroup yang akan datang juga boleh membawa tekanan kepada pasangan mata wang ini.

Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan menjual EUR pada tahap 1.1437, walau bagaimanapun, ggaris MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1412 dan 1.1375.

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Januari

Apa yang terdapat carta:

Garis hijau halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan membeli.

Garis hijau tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin meningkat melebihi tahap ini.

Garis merah halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan menjual.

Garis merah tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin menurun di bawah tahap ini.

Garis MACD. Apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk memberi perhatian kepada zon 'Overbought' dan 'Oversold'.

Penting. Pedagang baru perlu membuat keputusan yang sangat berhati-hati untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan fundamental yang penting, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran. Pasaran diniagakan dengan agak tidak menentu dan anda mungkin akan mengalami kerugian. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa pengumuman berita, maka anda perlu menetapkan pesanan Stop Loss bagi tujuan meminimumkan kerugian. Sekiranya anda tidak berbuat sedemikian, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang tetapi berdagang dalam jumlah yang besar.

Perlu diingat bahawa dagangan yang berjaya perlu untuk mempunyai pelan dagangan yang jelas, mengikut contoh yang saya bentangkan di atas. Bergantung kepada keputusan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa pada mulanya merupakan strategi merugikan untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...