Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 17 Januari

parent
Analisis Forex:::2022-01-17T08:24:10

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 17 Januari

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah mencapai tahap 1.3720 sewaktu garis MACD bergerak di bawah sifar. Ini telah menghasilkan isyarat untuk kemasukan pesanan menjual di pasaran, tetapi tidak menyebabkan penurunan mendadak seperti yang dijangkakan. Pada sebelah petang, keadaan yang sama muncul, walau bagaimanapun, indikator itu sudah jauh di bawah sifar, yang mengehadkan potensi penurunan harga bagi pasangan mata wang GBP/USD. Itulah sebabnya pesanan menjual tidak dibuka oleh pedagang.

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 17 Januari

Pound telah menyaksikan pertumbuhan harga pada awal Jumaat susulan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pengeluaran perindustrian dari UK mencatatkan bacaan yang melebihi ramalan. Kemudian, menjelang sebelah petang, terdapat penurunan pada pasangan mata wang GBP/USD apabila permintaan dolar AS meningkat walaupun terdapat laporan yang lemah mengenai pengeluaran perindustrian AS dan perdagangan runcit. Nampaknya, ahli Fed menjelaskan bahawa mereka bersedia untuk bertindak lebih agresif dari segi dasar monetari.

Tiada berita dari UK yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, jadi pound mempunyai peluang untuk kembali ke paras tertinggi minggu lepas. Tetapi volum dagangan akan menjadi rendah semasa sesi dagangan AS ekoran sambutan Hari Martin Luther King di AS. Kemungkinan besar, penurunan harga akan cuba untuk menembusi tahap terendah Jumaat, jadi adalah lebih baik untuk membuka pesanan menjual untuk pasangan mata wang GBP/USD.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.3689 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3721 (garis hijau lebih tebal pada carta). Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3662, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.3689 dan 1.3721.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.3662 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3632. Tekanan akan kembali jika tiada aktiviti menaik pada pagi Isnin.

Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pasangan mata wang ini juga boleh dijual pada tahap 1.3689, namun garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.3662 dan 1.3632.

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 17 Januari

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...