Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang GBP/USD telah dilihat bergerak lebih tinggi ke arah sasaran seterusnya untuk kenaikan harga yang terletak pada tahap lanjutan Fibonacci 127%, 1.1915. Sokongan teknikal intraday dilihat pada tahap 1.1760, 1.1734 dan 1.1722. Momentum yang kukuh dan positif pada carta masa H4 menyokong tinjauan kenaikkan untuk GBP walaupun dalam keadaan pasaran yang sangat terlebih beli, namun sila kekal tumpuan dan berhati-hati kerana penarikan semula yang lebih rendah mungkin datang pada bila-bila masa sekarang kerana pasaran kelihatan terlalu tegang pada carta masa H4.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.19243
WR2 - 1.18500
WR1 - 1.18089
Pivot Mingguan - 1.17757
WS1 - 1.17346
WS2 - 1.17014
WS3 - 1.16271
Tinjauan Dagangan:
Corak graf lilin Bearish Engulfing yang dibuat pada carta masa mingguan telah tidak sah dan lilin mingguan hijau kuat telah dibentuk. Kenaikan adalah sementara dalam kawalan pasaran dan anjakan Fibonacci 38% daripada gelombang terakhir turun yang terletak pada tahap1.1830 telah diuji juga. Sebaliknya, tahap 1.0351 belum diuji sejak tahun 1985, jadi aliran menurun adalah kukuh. Untuk menamatkan aliran menurun, kenaikkan perlu menembusi di atas tahap 1.2275 (ayunan tinggi dari 10 Ogos).