Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah mencapai sasaran untuk kenaikan harga yang terletak pada Lanjutan Fibonacci 161%, 1.2073. Ini mungkin sasaran yang sempurna untuk gelombang C juga, oleh yang demikian, sila beri perhatian kepada tindak balas penurunan harga. Pasaran telah melakukan batang graf lilin Pin Bar di bahagian atas rali pada carta 4 Jam. Sokongan teknikal urusniaga harian masing-masing dilihat terletak pada tahap 1.2003, 1.1965 dan 1.1916 dan hanya penembusan harga yang jelas dan berterusan di bawah zon ni mungkin akan mengesahkan penamatan gelombang C yang lebih cepat daripada jangkaan. Momentum yang kuat dan positif menyokong prospek kenaikan harga jangka pendek untuk GBP pada carta 4 Jam, namun keadaan pasaran adalah sangat terlebih belian (overbought).
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.19775
WR2 - 1.19122
WR1 - 1.18732
Pivot Mingguan - 1.18469
WS1 - 1.18079
WS2 - 1.17816
WS3 - 1.17163
Gambaran dagangan:
Kenaikan harga adalah sementara dalam kawalan pasaran dan anjakan Fibonacci 38% pada gelombang penurunan terakhir yang terletak pada 1.1830 telah diuji kerana kenaikan harga terus cuba untuk mendapatkan pergerakan menaik. Sebaliknya, tahap 1.0351 belum diuji sejak 1985, oleh yang demikian, aliran menurun adalah kukuh. Untuk menamatkan aliran menurun, kenaikkan harga perlu menembusi di atas tahap 1.2275 (ayunan tinggi dari 10 Ogos).