Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Februari

parent
Analisis Forex:::2022-02-17T08:33:08

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Februari

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Isyarat untuk membuka pesanan membeli muncul selepas pasangan mata wang EUR/USD menembusi tahap 1.1365. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini tidak meningkat kerana garis MACD yang jauh dari sifar mengehadkan potensi menaik pasangan mata wang ini. Nasib baik, percubaan kedua berjaya kerana ia membawa kepada kenaikan kira-kira 30 pip.

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Februari

Walaupun laporan mengenai pengeluaran perindustrian EU jauh lebih baik daripada jangkaan, pedagang membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD kerana data yang lebih meyakinkan tentang pertumbuhan jualan runcit AS dan pengeluaran perindustrian. Peningkatan mendadak, terutamanya dalam jualan runcit, merupakan satu lagi pengesahan tekanan inflasi yang meningkat di negara ini, yang akan memaksa Fed bertindak lebih agresif terhadap dasar monetari.

Berbalik kepada EU, beberapa ucapan dijadualkan pada hari ini, tetapi yang paling penting ialah Isabelle Schnabel dan Philip Lane. Buletin ekonomi daripada ECB juga penting, manakala laporan mengenai imbangan perdagangan asing Itali tidak begitu penting.

Pada sebelah petang, AS dijangka akan mengeluarkan data mengenai tuntutan pengangguran, aktiviti pembuatan dan permit bangunan yang dikeluarkan, tetapi lebih menarik ialah ucapan ahli FOMC James Bullard, yang terkenal dengan pendekatan agresifnya terhadap kadar faedah.

Untuk membuka pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1391 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pertumbuhan harga akan berlaku jika data dari zon Eropah dan laporan daripada ECB melebihi ramalan. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula meningkat daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1345, namun garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1361 dan 1.1391.

Untuk membuka pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1314. Tekanan akan kembali jika data dari zon Eropah ternyata lebih lemah daripada jangkaan dan jika laporan ekonomi di AS melebihi jangkaan. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan menjual EUR pada tahap 1.1361, bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1345 dan 1.1314.Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Februari

Apa yang terdapat carta:

Garis hijau halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan membeli.

Garis hijau tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin meningkat melebihi tahap ini.

Garis merah halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan menjual.

Garis merah tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin menurun di bawah tahap ini.

Indikator MACD. Apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk memberi perhatian kepada zon 'Overbought' dan 'Oversold'.

Penting. Pedagang baru perlu membuat keputusan yang sangat berhati-hati untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan fundamental yang penting, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran. Pasaran diniagakan dengan agak tidak menentu dan anda mungkin akan mengalami kerugian. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa pengumuman berita, maka anda perlu menetapkan pesanan Stop Loss bagi tujuan meminimumkan kerugian. Sekiranya anda tidak berbuat sedemikian, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang tetapi berdagang dalam jumlah yang besar.

Perlu diingat bahawa dagangan yang berjaya perlu untuk mempunyai pelan dagangan yang jelas, mengikut contoh yang saya bentangkan di atas. Bergantung kepada keputusan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa pada mulanya merupakan strategi merugikan untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...