Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis teknikal GBP/USD untuk 08 Disember 2022

parent
Analisis Forex:::2022-12-09T03:05:53

Analisis teknikal GBP/USD untuk 08 Disember 2022

Analisis teknikal GBP/USD untuk 08 Disember 2022

Gambaran Keseluruhan :

Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan dagangan menaik daripada tahap 1.2121 dan kecenderungan urusniaga kekal pada trend menaik menuju ke tahap rintangan 1.2245 pada carta 1 Jam. Semua elemen pasaran jelas menaik, adalah mungkin bagi pedagang untuk berdagang hanya pada pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD selagi harga kekal diniagakan di atas tahap 1.2121.

Pasangan mata wang GBP/USD akan terus mengukuh daripada tahap 1.2121 dalam dagangan jangka panjang. Perlu diingatkan bahawa sokongan telah ditubuhkan pada tahap 1.2121 yang mewakili titik pivot (PP) harian.

Harga cenderung untuk membentuk 'double bottom' pada carta dagangan yang sama. Sehubungan itu, pasangan mata wang GBP/USD kini menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 1.2245. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan mengukuh dalam tempoh beberapa jam akan datang.

Jika arah aliran berjaya menembusi tahap 1.2245, maka pasaran akan mendorong trend kenaikkan yang kukuh ke arah objektif yang terletak di antara tahap 1.2245 dan 1.2324 minggu ini.

Pada masa ini, harga dilihat berada dalam saluran menaik. Ini disahkan oleh indikator RSI yang memberikan isyarat bahawa pasangan mata wang GBP/USD masih dalam pasaran menaik. Memandangkan harga kekal diniagakan di atas Moving Average (MA)(100), sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.2121, yang bertepatan dengan nisbah utama (Fibonacci 50%).

Pasangan mata wang GBP/USD berayun di sekitar tahap rintangan yang telah ditembusi pada saluran menaik dan kekal stabil di atasnya sehingga kini, sekaligus menandakan bahawa EMA50 terus menentang harga dari atas, manakala RSI mula bertindih secara positif.

Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap sokongan yang disebutkan di atas, prospek kenaikan harga kekal sama selagi EMA 100 mensasarkan kenaikan.

Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas tahap 1.2245 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 1.2341 untuk menguji rintangan harian 1. Objektif kenaikan harga pembeli ditetapkan pada tahap 1.2400.

Penembusan trend menaik pada tahap rintangan ini akan meningkatkan momentum kenaikan harga. Pembeli kemudiannya boleh mensasarkan ke tahap rintangan yang terletak pada 1.2400.

Sekiranya berlaku penembusan harga, maka objektif seterusnya ialah rintangan yang terletak pada 1.2450. 1.2450 adalah tahap yang baik untuk mengambil keuntungan. Selain itu, RSI masih menunjukkan isyarat menaik sebagaimana harga kekal mengukuh di atas Moving Average (MA)(100).

Jika harga berjaya mencapai titik pivot (PP) harian (kerana pasaran melantun pada hari berikutnya), adalah menguntungkan untuk membuka pesanan menjual seperti yang kami lakukan pada strategi mingguan. Kadangkala, ia digunakan dalam dagangan harian untuk menutup pesanan membeli dan membuka pesanan menjual baharu. Perlu diingatkan bahawa kami menggabungkan titik pviot harian, strategi titik pivot mingguan dan analisis sentimen untuk berdagang.

Walau bagaimanapun, berhati-hati terhadap lebihan kenaikan harga yang boleh membawa kepada kemungkinan pembetulan jangka pendek; tetapi pembetulan yang mungkin ini tidak boleh didagangkan.

Adalah diingatkan agar anda tidak mempertaruhkan sebarang wang pada mana-mana strategi dagangan saya sebelum anda membuktikan bahawa anda telah memahaminya dan berdagang dengan jayanya pada akaun demo sekurang-kurangnya selama dua bulan. Jangan cuba membalas dendam terhadap pasaran kerana sudah tentu ia akan menakluki anda.

Selain itu, sekiranya pembalikan harga berlaku dan pasangan mata wang GBP/USD ini menembusi tahap sokongan 1.2121, maka penurunan selanjutnya ke tahap 1.2069 dan 1.2004 boleh berlaku. Ia akan menunjukkan pasaran trend menurun.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...