Analisis teknikal:
Emas telah diniagakan dengan lebih tinggi, seperti yang telah diunjurkan, dan kini didagangkan ke arah sasaran kenaikan pertama AS$1.810. Saya masih melihat potensi untuk pertumbuhan selanjutnya susulan daripada pembeli berada dalam kawalan dan senario arah aliran menaik yang sedang berlaku.
Cadangan dagangan:
Saya melihat kemungkinan untuk pergerakan yang lebih tinggi ekoran daripada tekanan menaik yang kuat dalam senario kawalan pembeli.
Perhatikan peluang kedudukan beli yang berpotensi pada pergerakan menurun intraday dengan sasaran menaik sekitar tahap harga AS$1.810 dan AS$1.840.
Pengayun MACD menunjukkan momentum menaik yang baharu, yang secara tidak langsung memberikan isyarat kuat bahawa pembeli berada dalam kawalan.
Sokongan utama ditetapkan pada harga AS$1.765