Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Mac

parent
Analisis Forex:::2022-03-22T08:23:27

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Mac

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Isyarat untuk membuka pesanan membeli muncul selepas pasangan mata wang EUR/USD mencapai tahap 1.1054. Walau bagaimanapun, sebut harga tidak boleh meningkat banyak kerana garis MACD yang jauh dari sifar mengehadkan potensi menaik pasangan mata wang ini. Beberapa ketika selepas itu, tahap yang sama telah diuji, tetapi kali ini isyarat pasaran adalah untuk menjual. Memandangkan garis MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold), pasangan mata wang ini jatuh sebanyak 30 pips dan bergerak ke tahap 1.1027. Ujian tahap itu pada sebelah petang tidak berjaya kerana garis MACD sekali lagi jauh dari sifar.

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Mac

Tiada statistik EU yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada hari ini, jadi kemungkinan besar ketidaktentuan akan dihalang. Walau bagaimanapun, kenyataan semalam oleh Fed akan menyokong dolar, yang akan membawa kepada penurunan selanjutnya dalam pasangan mata awang EUR/USD ke tahap rendah tempatan. Oleh itu, adalah yang terbaik untuk membuka pesanan menjual di pasaran, terutamanya di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Ukraine.

Untuk membuka pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1003 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1047 (garis hijau lebih tebal pada carta). Kenaikan harga boleh dilakukan hari ini, tetapi ia agak sukar untuk dicetuskan memandangkan keadaan semasa. Namun begitu, sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula meningkat daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.0971, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1003 dan 1.1047.

Untuk membuka pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.0971 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0923. Tekanan mungkin akan kembali pada bila-bila masa kerana peserta pasaran lebih gemarkan aset 'safe haven' daripada yang berisiko pada masa ini. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan menjual EUR pada tahap 1.1003, walau bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0971 dan 1.0923.

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Mac

Apa yang terdapat carta:

Garis hijau halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan membeli.

Garis hijau tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin meningkat melebihi tahap ini.

Garis merah halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan menjual.

Garis merah tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin menurun di bawah tahap ini.

Indikator MACD. Apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk memberi perhatian kepada zon 'Overbought' dan 'Oversold'.

Penting. Pedagang baru perlu membuat keputusan yang sangat berhati-hati untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan fundamental yang penting, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran. Pasaran diniagakan dengan agak tidak menentu dan anda mungkin akan mengalami kerugian. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa pengumuman berita, maka anda perlu menetapkan pesanan Stop Loss bagi tujuan meminimumkan kerugian. Sekiranya anda tidak berbuat sedemikian, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang tetapi berdagang dalam jumlah yang besar.

Perlu diingat bahawa dagangan yang berjaya perlu untuk mempunyai pelan dagangan yang jelas, mengikut contoh yang saya bentangkan di atas. Bergantung kepada keputusan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa pada mulanya merupakan strategi merugikan untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...