Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 20 April 2022. Tips dan analisis dagangan untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2022-04-21T06:13:34

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 20 April 2022. Tips dan analisis dagangan untuk pedagang baru

Analisis tawaran dagangan Rabu:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 20 April 2022. Tips dan analisis dagangan untuk pedagang baru

Pada Rabu, pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan sedikit penarikan semula harga, meninggalkan saluran mendatar sempit 1.2980-1.3043. Volatiliti harian berjumlah 74 pip. Pergerakan pembetulan bermula apabila pasangan mata wang pound/dolar AS gagal menembusi ayunan rendah sekitar tahap 1.2980. Gambaran teknikal pasangan mata wang ini adalah serupa dengan gambaran pasangan mata wang EUR/USD. Tawaran rundingan damai baru Kremlin memberikan sokongan tambahan kepada euro dan pound pada hari Rabu. Sebagai peringatan, perkembangan geopolitik di Ukraine adalah salah satu sebab utama aset berisiko yang lebih lemah. Setiap kali berita positif mengenai perkara ini masuk, mata wang EUR dan GBP mungkin menunjukkan pertumbuhan. Malangnya, keadaan keseluruhan di Ukraine menjadi semakin buruk susulan aktiviti ketenteraan di Donbas. Setakat ini, tiada sebab untuk EUR dan GBP mengukuh ke tahap yang lebih tinggi. Di atas segalanya, garis arah aliran mahupun saluran tidak terbentuk dalam carta 30 minit.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 20 April 2022. Tips dan analisis dagangan untuk pedagang baru

Berdasarkan kepada carta 5 Minit, pergerakan mendatar diteruskan pada hari Rabu. Harga kekal dalam saluran 1.2981-1.3049 selepas mengukuh sedikit di atasnya. Langkah itu tidak mencukupi untuk dianggap sebagai permulaan pembetulan kenaikkan harga. Namun begitu, beberapa isyarat dagangan telah dibentuk pada siang hari. Isyarat pertama telah dibuat sebelum pembukaan sesi dagangan Eropah. Sebut harga melantun dari 1.3042 tetapi kekal berlegar di sekitar titik kemasukan pada pembukaan sesi dagangan Eropah. Ia adalah masa untuk pedagang menjual. Kemudian, harga jatuh ke tahap 1.2993 dan melantun semula. Oleh yang demikian, pemain pasaran terpaksa menutup pesanan menjual mereka dan membuka pesanan membeli. Dalam beberapa jam, pasangan mata wang itu kembali diniagakan ke tahap 1.3042 dan menembusi 1.3049. Walaupun pergerakan kenaikan harga terhenti, pergerakan menurun tidak bermula. Sebut harga kemudian didagangkan secara mendatar bersama-sama dengan julat 1.3042-1.3049 sehingga hari dagangan berakhir.

Pelan dagangan untuk hari Khamis:

Pada carta 30 Minit, arah aliran menurun berterusan walaupun terdapat tingkah laku pelik harga dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Dalam carta masa yang lebih besar, arah aliran menurun dapat dilihat dengan mata kasar. Ia tidak berhenti kerana pasangan mata wang ini gagal untuk melonjak naik atau menjejaki semula. Oleh itu, kita mungkin menjangkakan pound akan diniagakan lebih lemah. Pada hari Khamis, tahap sasaran dalam carta 5 Minit dilihat pada 1.2913, 1.2981-1.2993, 1.3043, 1.3102 dan 1.3145. Pesanan Stop Loss harus ditetapkan pada titik pulang modal sebaik sahaja harga melepasi 20 pips ke arah yang betul selepas dagangan dibuka. Gebenor bank pusat Britain dan Amerika, Gabenor Bailey dan Pengerusi Powell, dijadualkan akan berucap pada hari Khamis. Tiada pengumuman laporan ekonomi makro penting dijadualkan pada hari ini. Bagaimanapun, ucapan kedua-dua gabenor dan pengawal selia sudah cukup untuk mencetuskan kegelisahan pasaran.

Peraturan asas sistem perdagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Pada pergerakan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran perdagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi Eropah dan sehingga pertengahan sesi AS, apabila semua dagangan mesti ditutup secara manual.

5) Pada carta 30 minit, menggunakan isyarat dari indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat turun naik yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu hampir antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Cara mentafsir carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikator MACD terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyeberang, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disyorkan untuk menggunakan indikator ini dalam kombinasi dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa keluar mereka, adalah disyorkan untuk berdagang dengan berhati-hati yang mungkin atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru di Forex perlu ingat bahawa tidak setiap perdagangan menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...