Pada awal sesi Eropah, Emas (XAU/USD) diniagakan sekitar paras 1,841.25 di atas SMA 21 dan betul-betul di bawah bahagian atas saluran aliran menurun yang telah bermula sejak 2 Februari.
Emas telah mengukuh di bawah Murray 3/8 semalam, tidak ada volatiliti atau sebarang pergerakan yang menarik kerana pasaran AS ditutup untuk cuti umum sempena sambutan Hari Presiden.
Pada Jumaat minggu lepas, emas berjaya melantun daripada paras 1,818. Paras harga ini adalah bertepatan dengan bahagian bawah saluran aliran menurun. Sejak itu, instrumen itu telah didagangkan dengan menjangkakan data asas yang boleh memberikannya satu lagi dorongan kenaikkan dan terus meningkat sehingga mencapai EMA 200 yang terletak pada paras 1,865 dan sehingga 4/8 Murray pada 1,875.
Sekiranya emas berjaya menembusi saluran aliran menurun secara mendadak, kita boleh menjangkakan ia akan melaksanakan siri kenaikan harga baharu dan ia boleh mencapai 1,875 dan bahkan boleh mencapai paras psikologi 1,900.
Titik pivot (PP) untuk hari ini terletak pada 1,830. Harga emas terletak di atas SMA 21. Sekiranya ia mengukuh di atas paras harga ini, maka akan terdapat kebarangkalian bahawa harga boleh terus meningkat dan menawarkan peluang untuk kemasukan pesanan beli.
Sebagai alternatif, sekiranya emas jatuh di bawah paras 1,830, ia boleh menjadi isyarat untuk membuka pesanan jual, dengan sasaran terletak pada 1,417 dan 2/8 Murray pada 1,812. Indikator 'Eagle' telah menguji garis rintangan yang kuat. Jika harga gagal menembusi ke arah atas, kita boleh menjangkakan volum yang lebih rendah dan ia akan dilihat sebagai isyarat jual.
Pelan dagangan kami untuk beberapa jam yang akan datang adalah untuk membuka pesanan beli jika terdapat penembusan harga mendadak di atas paras 1,847 atau membuka pesanan jual di bawah paras 1,835.