Tinjauan teknikal:
Pasangan mata wang EURUSD meningkat menembusi tahap tinggi harian 1.0691 semasa sesi awal New York pada hari Rabu. Harga kekal kurang daripada beberapa pip daripada rintangan 1.0700 dan ditarik semula. Pasangan mata wang tunggal ini cenderung untuk diniagakan kepada tahap 1.0635 sewaktu penulisan artikel ini dan boleh tergelincir lebih jauh ke arah tahap 1.0820 sebelum mendapat sokongan semula. Instrumen itu diramal akan diniagakan lebih tinggi selepas itu.
Pasangan mata wang EURUSD sedang membuat pembetulan menurun yang lebih besar yang bermula daripada tahap tinggi 1.1025 pada bulan Februari. Pasangan mata wang ini telah berjaya membentuk gelombang pertama pembetulan menurun ke arah tahap 1.0531 baru-baru ini. Harga cenderung untuk meningkat ke arah tahap 1.0720 dan sehingga 1.0850 apabila gelombang kedua berlaku. Kita boleh menjangkakan harga akan kembali diniagakan rendah kepada tahap 1.0100 selepas itu.
Pasangan mata wang EURUSD dijangka akan diniagakan lebih rendah dalam dagangan jangka sederhana dan menolak harga ke arah tahap 1.0100 sebelum meneruskan ralinya. Juga, sila ambil perhatian bahawa anjakan Fibonacci 0.618 rali sebelumnya antara tahap 0.9535 dan 1.1025 dilihat melalui zon 1.0100-10. Kebarangkalian kekal tinggi untuk lantunan kenaikkan jika harga berjaya sampai ke sana.
Pelan dagangan:
Potensi rali kepada 1.0720 dan 1.0850 dalam tempoh terdekat, kemudian turun semula
Semoga berjaya!