Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi di atas ayunan tinggi terakhir yang terletak pada tahap 1.2202 (kini tahap ini akan bertindak sebagai sokongan teknikal untuk kenaikan harga) dan membuat ayunan tinggi baharu pada tahap 1.2283. Momentum adalah kukuh dan positif, oleh yang demikian, prospek dagangan untuk pasangan ini kekal menaik, walau bagaimanapun, keadaan pasaran kini amat terlebih beli (overboight) pada carta r4 Jam. Jika harga melanjutkan pergerakan menaik, maka sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada tahap 1.2396 dan 1.2447 (ayunan tinggi).
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.22458
WR2 - 1.22140
WR1 - 1.21963
Pivot Mingguan - 1.21822
WS1 - 1.21645
WS2 - 1.21504
WS3 - 1.21186
Tinjauan Dagangan:
Setakat ini, tahap 1.2443 adalah merupakan rintangan yang terlalu kuat untuk ditembusi, jadi corak harga "Double Top" yang berpotensi masih aktif. Selain itu, tahap 1.2297 iaitu tahap anjakan Fibonacci 50% bagi gelombang besar penurunan terakhir telah dicapai, oleh yang demikian, penurunan harga cenderung meneruskan pergerakan. Arah aliran menurun telah disahkan dengan penembusan harga pada tahap1.2089 (50 WMA), kini sasaran yang berpotensi untuk penurunan harga dilihat berada pada tahap 1.1840 atau lebih rendah.