Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 3 April 2023

parent
Analisis Forex:::2023-04-03T06:11:26

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 3 April 2023

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah membuat satu lagi corak Higher High (HH) baharu pada tahap 1.2422, walau bagaimanapun, pada carta 4 Jam, rali telah berakhir dengan graf lilin Pin Bar dibuat dalam keadaan pasaran yang terlebih beli (overbought). Pasaran telah ditarik semula dan menembusi di bawah sokongan teknikal urusniaga dilihat pada tahap 1.2301 yang kini akan bertindak sebagai rintangan teknikal urusniaga harian. Sebarang penembusan harga di bawah tahap sokongan teknikal utama (1.2181 - 1.2179 zon) akan mempercepatkan kadar pembetulan ke arah tahap yang lebih rendah seperti 100 MA yang terletak pada 1.2189. Momentum yang lemah dan negatif pada carta 4 Jam menyokong prospek penurunan harga jangka pendek untuk pasangan mata wang GBP/USD.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 3 April 2023

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.23575

WR2 - 1.23233

WR1 - 1.23029

Pivot Mingguan - 1.22891

WS1 - 1.22687

WS2 - 1.22549

WS3 - 1.22207

Tinjauan Dagangan:

Setakat ini, tahap 1.2443 adalah merupakan rintangan yang terlalu kuat untuk ditembusi, jadi corak harga "Double Top" yang berpotensi masih dimainkan. Selain itu, tahap 1.2297 iaitu 50% tahap anjakan semula Fibonacci bagi gelombang penurunan besar terakhir telah pun dicapai, oleh yang demikian, penurunan harga telah meneruskan aliran menurun. Aliran menurun telah disahkan dengan penembusan harga pada tahap 1.2089 (50 WMA), potensi sasaran untuk penurunan harga kini dilihat pada tahap 1.1840 atau lebih rendah lagi.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...