Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan untuk pasangan GBP/USD pada 17 Oktober 2022

parent
Analisis Forex:::2022-10-17T04:20:30

Ramalan untuk pasangan GBP/USD pada 17 Oktober 2022

Pergerakan Pound kembali ke arah sokongan 1.1170 pada hari Jumaat selepas Perdana Menteri Britain Liz Truss memecat Setiausaha Perbendaharaan Kwasi Kwarteng, yang mana telah memegang jawatan itu selama 38 hari sahaja.

Ramalan untuk pasangan GBP/USD pada 17 Oktober 2022

Berikutan daripada senario penjualan (sell-off) pound adalah kuat (-148 mata), pembukaan hari ini adalah dengan jurang yang semakin meningkat. Jurang memberikan isyarat bahawa pasaran akan cuba menutupnya, yang bermaksud bahawa harga akan bergerak menuju di bawah tahap sokongan 1.1170, dan kemudian pergerakan mungkin terus menurun ke arah sokongan 1.0815 - ke garisan hijau saluran harga.

Ramalan untuk pasangan GBP/USD pada 17 Oktober 2022

Pada carta empat jam, harga sedang mempertimbangkan untuk menutup jurang antara 1.1170 dan 1.1305, sama ada dari tahap semasa atau dengan ujian awal rintangan pada tahap 1.1305. Hari ini tiada statistik yang berkaitan untuk UK mahupun AS, tetapi pada hari esok akan terdapat data mengenai pengeluaran perindustrian untuk September, yang dijangka 0.1% lebih tinggi berbanding penurunan sebanyak 0.2% pada bulan Ogos. Sehingga kini, harga mungkin dapat diperhatikan dengan mudah dalam jalur (band) 1.1170-1.1305. Kami menjangkakan kejatuhan nilai pound British susulan daripada situasi tersebut.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...