Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai tahap rendah 1.0761 (sokongan teknikal dari 15 Mac) dan memulakan penarikan semula daripada keadaan pasaran yang sangat terlebih jual (oversold). Setakat ini, lantunan harga daripada tahap rendah adalah cetek dan kenaikkan harga telah ditolak daripada rintangan teknikal urusniaga yang terletak pada tahap 1.0846. Momentum pasaran adalah lemah dan negatif sekali lagi pada carta 4 Jam, oleh yang demikian, penurunan harga menguasai pasaran. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.0716 dan pergerakan menurun harus diteruskan sebaik sahaja penarikan semula harga dilakukan. Sila ambil perhatian, tahap anjakan semula Fibonacci 61% terletak pada tahap 1.0737.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.08629
WR2 - 1.08403
WR1 - 1.08284
Pivot Mingguan - 1.08177
WS1 - 1.08058
WS2 - 1.07951
WS3 - 1.07725
Tinjauan Dagangan:
Sejak awal Oktober 2022, pasangan mata wang EUR/USD berada dalam kitaran pembetulan untuk trend menaik, tetapi arah aliran utama jangka panjang kekal menurun. Kitaran pembetulan ini mungkin telah ditamatkan pada tahap 1.2080 iaitu tahap anjakan Fibonacci 61%. EUR telah membuat paras rendah beberapa dekad baharu pada tahap 0.9538, jadi selagi USD dibeli di seluruh carta, arah aliran menurun akan berterusan ke arah rendah baharu.