Beberapa isyarat dagangan untuk kemasukan pasaran yang sangat baik telah dibentuk semalam. Mari kita lihat carta 5 minit dan perhatikan apa yang telah berlaku. Saya memberikan perhatian kepada tahap 0.9828 dalam ramalan di sebelah pagi saya dan menasihatkan kepada para pedagang untuk membuat keputusan untuk memasuki pasaran di sana. Penurunan dan membentuk penembusan harga palsu selepas pengeluaran data lemah dari Institut IFO untuk Jerman dan zon Eropah - semua ini membawa kepada isyarat untuk pesanan membeli euro, walau bagaimanapun, selepas harga melonjak naik sebanyak 20 mata, keghairahan kenaikan harga dengan segera memudar. Pada sebelah petang, kenaikan harga masih berjaya menguasai semula tahap 0.9828, dan ujian pembalikan menurun telah menawarkan isyarat yang sangat baik untuk pedagang membuka pesanan membeli, mengakibatkan peningkatan 40 mata ke kawasan 0.9871. Di sana, penurunan harga tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu, dan selepas percubaan yang tidak berjaya untuk mengukuh di atas, isyarat untuk kemasukan pesanan menjual telah terbentuk dengan pergerakan aktif euro turun semula ke tahap 0.9828.
Bilakah perlu membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD:
Indikator inflasi yang agak penting di zon Eropah dijadualkan akan dikeluarkan hari ini, yang mungkin melebihi tahap 10.0%. Dan walaupun ini tidak akan mengejutkan Bank Pusat Eropah, inflasi yang lebih tinggi di zon Eropah, semakin tinggi kemungkinan bahawa dalam jangka pendek permintaan terhadap euro akan meningkat. Inflasi yang tinggi akan memaksa bank pusat bertindak dengan lebih agresif, atau bercakap tentang niat sedemikian. Walau bagaimanapun, dalam menghadapi beberapa percubaan yang tidak berjaya untuk menembusi tahap 0.9871 berikutan keputusan semalam, kenaikan harga perlu menumpukan perhatian untuk melindungi sokongan serta-merta 0.9824, yang mana euro kini beransur-ansur melemah. Terdapat juga Moving Average, yang memihak kepada kenaikan harga. Membentuk penembusan harga palsu pada tahap ini akan menjadi sebab terbaik untuk meningkatkan kedudukan beli dengan prospek pemulihan kedua kepada 0.9871. Adalah mungkin untuk bercakap tentang percubaan kenaikan harga untuk mengekalkan kawalan ke atas pasaran hanya selepas penembusan julat ini dan ujian dari atas ke bawah, yang mungkin berlaku semasa pengeluaran laporan inflasi zon Eropah, kerana tidak akan ada sebab lain untuk ini pada separuh pertama hari itu. Ini akan menembusi penurunan harga spekulatif dan membentuk isyarat kemasukan pesanan membeli dengan kemungkinan menolak harga sehingga ke kawasan 0.9917, yang akan mengukuhkan aliran kenaikan harga yang dilihat sejak 13 Oktober. Penembusan harga di atas tahap 0.9917 akan menjadi sebab untuk pertumbuhan pasangan mata wang ke kawasan 0.9948, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan.
Jika pasangan mata wang EUR/USD menurun dan tiada kenaikan harga pada 0.9824, dan tahap ini telah pun diuji berulang kali oleh penurunan sepanjang hari semalam, tekanan ke atas euro akan meningkat. Ini akan membawa kepada pengembangan saluran mendatar dan kejatuhan ke kawasan 0.9786, di mana sempadan bawah saluran kenaikan harga berlalu. Keputusan optimum untuk membuka pesanna membeli adalah penembusan palsu pada tahap 0.9786. Saya menasihatkan anda untuk membeli pasangan mata wang EUR/USD serta-merta pada lantunan harga hanya dari 0.9734, atau lebih rendah lagi - pada tahap 0.9682 dengan sasaran pembetulan menaik sebanyak 30-35 mata dalam sehari.
Bilakah perlu membuka pesanan menjual pada pasangan mata wang EUR/USD:
Kenaikan harga perlu menembusi di bawah tahap 0.9824 secepat mungkin jika mereka menjangka untuk menguasai semula pasaran. Walau bagaimanapun, kita tidak sepatutnya melupakan keperluan untuk melindungi tahap 0.9871. Rintangan ini boleh diuji pada separuh pertama hari selepas pengumuman laporan mengenai indeks harga pengguna untuk September tahun ini. Senario optimum untuk membuka pesanan menjual akan membentuk penembusan harga palsu pada tahap 0.9871, sama seperti yang kita perhatikan semalam. Ini akan memnawarkan titik kemasukan yang sangat baik untuk pesanan menjual, membenarkan harga kembali ke sempadan bawah saluran pada tahap 0.9824, dari mana penurunan mungkin mula menghadapi masalah lagi. Pengukuhan harga di bawah julat ini, serta ujian terbalik dari bawah ke atas - alasan untuk terus menjual pasnagan mata wang EUR/USD untuk menghapuskan pesanan Bullish stop dan kejatuhan yang lebih besar ke kawasan 0.9786. Sasaran paling jauh ialah kawasan 0.9734, di mana minggu lepas pemain utama membeli euro selepas statistik asas yang kukuh di AS. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit di sana.
Jika pasangan mata wang EUR/USD bergerak ke atas semasa sesi dagangan Eropah, serta ketiadaan penurunan harga pada tahap 0.9871, permintaan untuk pasangan mata wang ini akan meningkat, yang akan membawa kepada pembetulan menaik yang lebih kuat. Dalam kes ini, saya menasihati anda untuk tidak tergesa-gesa untuk membuka pesanan menjual: Saya cadangkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual hanya jika penembusan harga palsu terbentuk pada tahap 0.9917, dengan analogi dengan apa yang saya analisis di atas. Anda boleh menjual pasangan mata wang EUR/USD serta-merta pada lantunan daripada paras tinggi 0.9948, atau lebih tinggi lagi - daripada 0.9990 dengan sasaran pembetulan menurun sebanyak 30-35 mata.
Laporan COT:
Laporan Komitmen Pedagang (COT) 11 Oktober mencatatkan penurunan mendadak dalam pesanan membeli dan peningkatan dalam pesanan menjual: jelas sekali, pedagang sedang bersiap sedia untuk data ekonomi mengenai inflasi dan jualan runcit di AS. Adalah jelas bahawa Rizab Persekutuan menghadapi kesukaran untuk menangani kenaikan harga pengguna, seperti yang ditunjukkan oleh laporan September dengan jelas, di mana inflasi perlahan hanya 0.1% berbanding bacaan sebelumnya. Terutamanya, kita sudah lama tidak melihat penjualan euro di bawah paras pariti. Lebih-lebih lagi, walaupun keadaan geopolitik dan kenaikan kadar faedah utama oleh Fed hampir tidak akan menolak harga yang lebih rendah. Itulah sebabnya ia adalah alasan yang baik untuk mula membeli euro pada jangka pertengahan. Laporan COT mendedahkan bahawa pesanan mmebeli bukan komersial meningkat sebanyak 3,255 kepada 196,136, manakala pesanan menjual bukan komersial meningkat sebanyak 2,928 kepada 158,637. Pada akhir minggu, jumlah pesanan bersih bukan komersial kekal positif dan berjumlah 37,499 berbanding 43,682. Ini menunjukkan bahawa pelabur mengambil kesempatan pada masa ini dan terus membeli euro murah di bawah pariti, serta membuka lagi pesanan membeli, bergantung pada penghujung krisis dan pemulihan pasangan mata wang dalam jangka panjang. Penutupan mingguan menurun dan berjumlah 0.9757 berbanding 1.0053.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan ketidaktentuan pasaran.
Moving averages
Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.
Bollinger Bands
Sekiranya pasangan mata wang ini mengukuh, sempadan atas indikator di kawasan 0.9755 akan bertindak sebagai rintangan. Sekiranya berlaku penurunan, sempadan bawah indikator sekitar tahap 0.9709 akan bertindak sebagai sokongan.
Huraian Indikator
- Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
- Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
- Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
- Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
- Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
- Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
- Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
- Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.