Pada awal sesi dagangan Eropah, Emas (XAU/USD) telah diniagakan di sekitar tahap 1,954.06 di bawah SMA 21 dan di bawah EMA 200. Instrumen ini boleh mengikuti kecenderungan menurun untuk beberapa jam akan datang.
Berdasarkan kepada carta 1 Jam, kita dapat melihat bahawa emas telah bergerak dalam saluran aliran menurun yang telah terbentuk sejak 17 Mei. Semasa sesi dagangan Amerika semalam, emas telah mencapai bahagian bawah saluran aliran menurun (1,932.08) dan dari situ bermula lantunan teknikal yang kuat mencapai bahagian atas saluran aliran menurun (1,963.56) yang bertepatan dengan EMA 200.
Pemulihan harga di atas paras $30 dalam harga emas dalam masa kurang daripada 24 jam ini boleh bermakna ia sedang bersedia untuk pergerakan menaik selanjutnya. Oleh yang demikian, emas berkemungkinan akan mencapai tahap psikologi $2,000 dalam beberapa hari yang akan datang.
Kita boleh melihat pembentukan segi tiga simetri yang mungkin akan ditembusi tidak lama lagi. Selepas harga mengukuh di bawah tahap 1,950, kita boleh menjangkakan pembetulan teknikal dan harga boleh mencapai 7/8 Murray terletak pada 1,937.
Sekiranya berlaku penembusan harga mendadak pada saluran aliran menurun dan penutupan harian di atas EMA 200 (1,963), ini mungkin menandakan permulaan senario kenaikkan harga. Untuk dagangan jangka pendek, instrumen itu boleh mencapai 8/8 Murray sekitar tahap psikologi $2,000.
Indikator "Eagle" mencapai zon yang sangat terlebih jual (oversold). Oleh itu, kita boleh menjangkakan pembetulan teknikal dalam beberapa jam akan datang dan kemudian emas boleh meneruskan kitaran kenaikan harganya.
Pelan dagangan kami untuk beberapa jam akan datang adalah untuk membuka pesanan menjual di bawah tahap 1,958 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1,937. Jika senario ini berubah dan emas mengukuh di atas tahap 1,963, penembusan segi tiga simetri boleh disahkan dan dilihat sebagai isyarat untuk kenaikkan harga dan kita boleh membuka pesanan membeli dengan sasaran masing-masing berada pada tahap 1,980 dan $2,000.