Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EURUSD: tips dagangan mudah pada 31 Oktober. Analisis dagangan semalam

parent
Analisis Forex:::2022-10-31T08:23:05

EURUSD: tips dagangan mudah pada 31 Oktober. Analisis dagangan semalam

Analisis dagangan dan tips dagangan EUR

Ujian harga 0.9957 berlaku semasa indikator MACD turun dengan ketara daripada sifar, yang pada pendapat saya ia telah mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang EUR/USD. Atas sebab ini, saya tidak membuka pesanan jual dalam euro. Memandangkan pasangan mata wang ini didagangkan sekitar tahap 0.9957 sehingga penghujung hari, maka tiada isyarat lain untuk membuka pesanan.

EURUSD: tips dagangan mudah pada 31 Oktober. Analisis dagangan semalam

Pasangan mata wang euro/dolar diniagakan sedikit rendah pada separuh pertama hari berikutan pengeluaran data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Perancis dan Jerman, serta Indeks Harga Pengguna Jerman pada separuh pertama hari itu. Walau bagaimanapun, kenaikan harga dengan cepat membuka pesanan membeli pada tahap rendah. Oleh itu, pasangan mata wang ini telah terperangkap di dalam saluran mendatar. Hari ini, pedagang sedang menunggu sekumpulan laporan ekonomi penting, iaitu jualan runcit Jerman, Indeks Harga Pengguna Zon Eropah, yang berkemungkinan melebihi paras 10.0%, serta KDNK zon Eropah untuk suku ke-3, yang mungkin akan menurun. Nampaknya ucapan Ahli Lembaga Eksekutif ECB Philippe Lane hampir tidak akan menjejaskan trajektori pasangan mata wang ini. Tidak akan ada laporan dari pakar ekonomi pada separuh kedua hari itu yang akan membawa kepada lonjakan volatiliti. Inilah sebabnya mengapa pasaran mungkin kekal tenang. Hanya laporan indeks PMI Chicago yang perlu diperhatikan. Walau bagaimanapun, pedagang pasti tidak memberi perhatian kepadanya.

Untuk pesanan membeli:

Senario No.1: hari ini, adalah disyorkan untuk membeli euro jika harga mencapai 0.9969 (garis hijau pada carta) dengan prospek kenaikan kepada 1.0040. Pada tahap 1.0040, adalah lebih baik untuk menutup pesanan membeli dan membuka pesanan menjual, dengan mengandaikan pembetulan menaik sebanyak 30-35 pip dari tahap yang dinyatakan. Pasangan mata wang ini cenderung untuk meningkat hanya di tengah-tengah laporan ekonomi kukuh zon Eropah. Penting! Sebelum membuka pesanan membeli, sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya.

Senario No. 2: Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli jika harga menghampiri tahap 0.9932. Pada masa ini, indikator MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih jualan (oversold). Ia mungkin akan mengehadkan pergerakan menurun pasangan mata wang EUR/USD dan mendorong kepada pembalikan menaik. Pasangan mata wang ini dijangka naik ke tahap bertentangan 0.9969 dan 1.0040.

Untuk pesanan menjual:

Senario No.1: adalah disyorkan untuk menjual pasangan mata wang ini jika ia menembusi tahap 0.9932 (garis merah pada carta). Sasaran untuk pasangan ini terletak pada tahap 0.9882 di mana ia adalah lebih baik untuk menutup pesanan menjual dan membuka pesanan membeli, dengan mengandaikan pembetulan menurun sebanyak 20-25 pip dari tahap yang dinyatakan. Tekanan ke atas pasangan mata wang ini akan kembali jika zon euro mengeluarkan laporan yang lemah. Penting! Sebelum anda membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Senario No.2: Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual hari ini jika harga jatuh ke tahap 0.9969. Pada masa ini, indikator MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought). Ia cenderung untuk mengehadkan potensi menaik pasangan mata wang ini dan membawa kepada pembalikan menurun. Pasangan mata wang ini diramalkan akan menurun ke tahap bertentangan 0.9932 dan 0.9882.EURUSD: tips dagangan mudah pada 31 Oktober. Analisis dagangan semalam

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...