Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Tips dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk pedagang baru pada 31 Oktober 2022. Gambaran keseluruhan dagangan Jumaat

parent
Analisis Forex:::2022-10-31T10:45:33

Tips dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk pedagang baru pada 31 Oktober 2022. Gambaran keseluruhan dagangan Jumaat

Analisis dan tips dagangan GBP

Harga menguji tahap 1.1527 sewaktu penulisan artikel ini sebagaimana indikator MACD tergelincir di bawah paras sifar, dengan itu mengehadkan potensi menaik bagi pasangan mata wang ini. Itulah sebabnya saya memutuskan untuk mengekalkan pound dan menunggu isyarat untuk kemasukan pesanan membeli. Tidak lama kemudian, pasangan mata wang ini menguji semula tahap 1.1527 di mana indikator MACD telah pun pulih daripada status terlebih jualan (oversold). Akibatnya, pound membangunkan pergerakan terbalik yang gagal mendapat momentum. Oleh itu, saya terpaksa menutup dagangan saya dengan kerugian. Satu lagi isyarat untuk kemasukan pesanan membeli muncul pada separuh kedua hari apabila harga menguji kawasan 1.1564 dan indikator MACD bergerak ke arah atas dari tahap sifar. Ini telah mendorong kepada kenaikan sebanyak 20 pip.

Tips dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk pedagang baru pada 31 Oktober 2022. Gambaran keseluruhan dagangan Jumaat

Hari ini, UK dijadualkan akan menerbitkan beberapa data makroekonomi yang tidak begitu penting kepada pedagang. Ini termasuk laporan mengenai bekalan wang M4, kelulusan gadai janji dan pinjaman bersih kepada individu. Oleh itu, saya mengesyorkan berdagang dalam saluran dengan harapan penembusan sempadan atasnya. Pada sebelah petang, tiada apa yang berkemungkinan akan mendorong turun naik dalam pasaran, jadi ia mungkin bertukar kepada aliran mendatar. Data PMI Chicago yang dijangka akan dikeluarkan lewat pada hari ini tidak mungkin akan mempengaruhi sentimen pasaran.

Isyarat kemasukan pesanan membeli

Senario №1: adalah mungkin untuk membeli pound hari ini apabila harga menembusi tahap 1.1609 (garis hijau pada carta) dengan sasaran menaik terletak pada tahap 1.1658 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk menutup pesanan membeli pada tahap 1.1658 dan menjual ke arah yang bertentangan, dengan mengambil kira anjakan 30-35 pip dari tahap ini. Pound mungkin akan meneruskan pertumbuhan selanjutnya berikutan aliran menaik sedia ada. Nota! Sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD harus melebihi sifar atau mula meningkat daripadanya.

Senario №2: anda juga boleh membeli pound apabila harga mencapai tahap 1.1581 tetapi sila pastikan MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold). Ini akan mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang GBP/USD dan menyebabkan pembalikan kenaikkan dalam arah aliran. Dalam kes ini, sebut harga mungkin naik ke tahap 1.1609 dan 1.1658.

Isyarat kemasukan pesanan menjual

Senario №1: adalah mungkin untuk menjual pound hari ini selepas ujian semula pada tahap 1.1581 (garis merah pada carta) yang mungkin membawa kepada penurunan ketara pada pasangan mata wang ini. Sasaran utama trend menurun untuk penjual terletak pada tahap 1.1528 di mana saya mengesyorkan anda untuk menutup pesanan menjual dan membuka pesanan membeli ke arah yang bertentangan, dengan mengambil kira anjakan semula harga 30-35 pip dari tahap ini. Pound akan mendapat tekanan hanya jika data UK ternyata lemah. Nota! Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Senario №2: anda juga boleh menjual pound apabila harga mencecah tahap 1.1609 tetapi sila pastikan MACD kekal dalam kawasan terlebih belian (overbought). Ini akan mengehadkan potensi kenaikan harga dan membawa kepada pembalikan arah aliran menurun. Dalam kes ini, sebut harga mungkin bergerak lebih rendah ke tahap 1.1581 dan 1.1528.Tips dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk pedagang baru pada 31 Oktober 2022. Gambaran keseluruhan dagangan Jumaat

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...