Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD telah dilihat meneruskan aliran mendatar dan setakat ini lantunan tinggi dibuat pada tahap 1.0740. Rintangan teknikal urusniaga harian dilihat pada 1.0780, oleh itu kenaikkan harga perlu menembusi di atas tahap ini untuk meneruskan pergerakan lebih tinggi. Sebarang penembusan di bawah tahap 1.0675 akan mengekalkan tinjauan menurun dan meletakkan tahap 1.0636 untuk ujian (ayunan rendah). Momentum yang lemah dan negatif menyokong prospek penurunan harga jangka pendek untuk EUR kerana kenaikan harga tidak dapat mengekalkan penembusan di atas paras neutral lima puluh pada indikator RSI.
Pivot point Mingguan:
WR3 - 1.07335
WR2 - 1.07121
WR1 - 1.06983
Pivot Mingguan - 1.06907
WS1 - 1.06769
WS2 - 1.06693
WS3 - 1.06479
Tinjauan Dagangan:
Sejak awal Oktober 2022, EUR/USD berada dalam kitaran pembetulan untuk menaik, tetapi arah aliran utama jangka panjang kekal menurun. Kitaran pembetulan ini mungkin telah ditamatkan pada tahap 1.2080 iaitu 61% tahap anjakan Fibonacci. EUR telah membuat paras rendah beberapa dekad baharu pada tahap 0.9538, oleh itu selagi USD dibeli di seluruh carta, arah aliran menurun akan berterusan ke arah tahap rendah baharu.