Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Tips mudah untuk pedagang baru pada 24 November

parent
Analisis Forex:::2022-11-24T07:32:57

EUR/USD: Tips mudah untuk pedagang baru pada 24 November

Gambaran keseluruhan dagangan dan tips untuk pasangan mata wang EUR/USD

Tahap 1.0313 telah diuji apabila indikator MACD menyaksikan penurunan ketara daripada tahap sifar. Ini menghadkan potensi penurunan harga instrumen. Atas sebab ini, saya tidak menjual euro, menunggu isyarat untuk kemasukan pesanan membeli. Dalam masa yang singkat, terdapat ujian kedua pada tahap 1.0313 di mana MACD telah pun memasuki zon terlebih jualan (oversold) yang pada pendapat saya dan telah memulakan pemulihannya, sekali gus membentuk isyarat membeli. Namun begitu, harga gagal untuk membangunkan pergerakan menaik yang besar. Pada separuh kedua hari itu, pedagang menjual pasangan mata wang ini pada lantunan harga daripada 1.0379. Saya memberitahu anda mengenainya dalam analisis saya sebelum ini. Pesanan menjual memberikan saya kira-kira 25 pip keuntungan.

EUR/USD: Tips mudah untuk pedagang baru pada 24 November

Laporan PMI mengenai sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan zon Eropah serta Indeks Pengurus Pembelian (PM) komposit ternyata mencatatkan bacaan yang lebih kukuh berbanding jangkaan. Ini menyebabkan kemerosotan dalam euro pada separuh pertama hari itu. Menariknya, PMI serupa dari AS tidak menggalakkan pedagang. Ini mencetuskan penjualan aktif dolar AS semasa perdagangan New York. Bagi minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan semalam, penggubal dasar jawatankuasa penetapan kadar memaklumkan bahawa kemungkinan kemelesetan di AS meningkat hampir kepada 50% tahun hadapan disebabkan oleh risiko perbelanjaan pengguna yang semakin berkurangan, masalah ekonomi global dan kenaikan kadar selanjutnya. Ini adalah petanda buruk bagi dolar AS yang dijangka terus lemah berbanding euro.

Kalendar ekonomi mengingatkan kita tentang satu siri tinjauan oleh pakar IFO tentang iklim perniagaan, sentimen ekonomi semasa dan jangkaan ekonomi untuk Jerman. Ramalan adalah lemah yang boleh memberi tekanan kepada euro pada separuh pertama hari. Kemuncak sesi Eropah ialah minit mesyuarat dasar ECB terakhir. Selain itu, Ahli Lembaga Eksekutif ECB Isabel Schnabel dijadualkan akan berucap pada sebelah petang.

Indikator tentang pengetatan monetari yang lebih agresif akan menyokong euro. Pada separuh kedua hari itu, lantai dagangan AS ditutup bersempena sambutan Hari Kesyukuran. Oleh itu, volum dagangan akan menjadi lebih rendah daripada biasa. Pasangan mata wang EUR/USD ditetapkan untuk berdagang di bawah volatiliti pasaran yang rendah. Saya tidak akan mengesyorkan dagangan pasangan mata wang dalam pasaran tipis semasa sesi dagangan New York.

Isyarat membeli

Senario 1. Kita boleh membeli pasangan mata wang EUR/USD hari ini selepas harga mencapai 1.0449 diplot dengan garis hijau pada carta dengan sasaran menaik pada 1.0495. Tahap 1.0495 ialah titik keluar pasaran. Kemudian, kita boleh menjual euro dalam arah yang bertentangan, dengan mengambil kira pergerakan menurun sebanyak 30-35-pip dari titik masuk dengan pesanan menjual. Kita boleh mengandaikan pertumbuhan EUR hanya jika laporan statistik dari Jerman mencatatkan bacaan yang optimis. Paling penting, sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula bergerak naik daripadanya.

Senario 2. Pilihan lain hari ini adalah untuk membeli EUR/USD selepas harga mencapai 1.0424. Walau bagaimanapun, MACD harus kekal dalam zon terlebih jual yang mengehadkan potensi penurunan pasangan dan memerlukan pembalikan trajektori. Kami boleh menjangkakan kenaikan harga ke tahap 1.0449 dan 1.0495.

Isyarat menjual

Senario 1. Kita boleh menjual pasangan mata wang selepas harga mencapai 1.0424 diplot oleh garis merah pada carta. Tahap sasaran dilihat pada 1.0390 di mana saya mengesyorkan pengambilan untung. Kemudian, kita boleh membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD dalam arah yang bertentangan, dengan mengambil kira pergerakan menaik 20-25 pip. Pasangan mata wang itu mungkin berada di bawah tekanan jualan sekiranya berlaku kegagalan penembusan statistik tertinggi dan lemah selama sebulan dari Jerman. Paling penting, ebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya

Senario 2. Sebagai alternatif, buka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD hari ini sekiranya harga mencapai tahap 1.0449. Pada masa itu, MACD sepatutnya berada dalam zon terlebih jualan (oversold) yang akan mengehadkan potensi pertumbuhan pasangan mata wang ini dan menyebabkan pembalikan pasaran menaik. Kami boleh menjangkakan harga akan menurun kepada 1.0424 dan 1.0389.

EUR/USD: Tips mudah untuk pedagang baru pada 24 November

Apa yang terdapat carta:

Garis halus hijau menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan membeli.

Garis tebal hijau ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin meningkat melebihi tahap ini.

Garis halus halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan menjual.

Garis tebal merah ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin menurun di bawah tahap ini.

Indikator MACD. Apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk memberi perhatian kepada zon 'Overbought' dan 'Oversold'.

Penting. Pedagang baru perlu membuat keputusan yang sangat berhati-hati untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan fundamental yang penting, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran. Pasaran diniagakan dengan agak tidak menentu dan anda mungkin akan mengalami kerugian. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa pengumuman berita, maka anda perlu menetapkan pesanan Stop Loss bagi tujuan meminimumkan kerugian. Sekiranya anda tidak berbuat sedemikian, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang tetapi berdagang dalam jumlah yang besar.

Perlu diingat bahawa dagangan yang berjaya perlu untuk mempunyai pelan dagangan yang jelas, mengikut contoh yang saya bentangkan di atas. Bergantung kepada keputusan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa pada mulanya merupakan strategi merugikan untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...