Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 7 Disember

parent
Analisis Forex:::2022-12-07T10:19:24

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 7 Disember

Analisis urus niaga untuk pasangan mata wang EUR/USD

Ujian harga pada tahap 1.0504 berlaku apabila garis MACD baru mula bergerak di atas sifar, yang merupakan alasan baik untuk membuka pesanan membeli. Walau bagaimanapun, euro tidak mengukuh, oleh yang demikian, pembelian membawa kepada kerugian. Situasi yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila ujian semula harga pada tahap berlaku ketika MACD berada di kawasan terlebih belian (overbought). Ia seolah-olah menjadi isyarat yang baik untuk menjual euro, tetapi harga terus meningkat, membawa kepada kerugian.

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 7 Disember

Data pesanan pembuatan Jerman dan Indek Pengurus Pembelian (PMI) pembinaan zon Eropah telah memberikan sedikit kesan ke atas pasaran pada pagi semalam. Sebab sebenar kenaikan singkat euro adalah berita bahawa China mungkin menarik balik beberapa sekatan yang berkaitan dengan wabak Covid, tetapi ini tidak banyak meningkatkan selera risiko.

Pada hari ini, Jerman dijadualkan akan mengeluarkan laporan mengenai pengeluaran perindustrian, diikuti dengan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) zon Eropah dan angka pekerjaan. Jika ketiga-tiganya mengecewakan, satu lagi pusingan penjualan mungkin akan berlaku, yang akan meneruskan pembetulan euro. Ucapan oleh ahli Lembaga ECB Philip Lane dan Fabio Panetta juga tidak mungkin menyokong mata wang euro.

Tiada apa-apa yang dijadualkan pada sebelah petang yang akan memberi kesan yang ketara kepada pasaran. Perubahan dalam produktiviti buruh bukan pembuatan AS dan kos buruh adalah kurang menarik.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.0478 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0532. Pertumbuhan akan berlaku apabila laporan ekonomi di zon Eropah mencatatkan bacaan melebihi jangkaan. Tetapi sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.0444; tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0478 dan 1.0532.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencapai tahap 1.0444 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0397. Tekanan akan kekal jika laporan statistik di zon Eropah mencatatkan bacaan yang mengecewakan. Tetapi sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.0478; tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0444 dan 1.0397.

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 7 Disember

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...