Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD
Ujian harga pada tahap 1.0555 berlaku apabila garis MACD berada jauh di atas sifar, oleh yang demikian, potensi menaik adalah terhad. Beberapa ketika kemudian, ujian harga yang lain berlaku, tetapi kali ini garis MACD berada di kawasan terlebih belian (overbought), oleh yang demikian, pasangan mata wang ini telah jatuh sekitar 30 pip. Tiada isyarat lain yang muncul sepanjang hari itu.
Penurunan indeks harga pengguna AS telah membawa kepada kenaikan mendadak pada pasangan mata wang EUR/USD, yang agak dijangkakan. Laporan hari ini mengenai pengeluaran perindustrian di zon Eropah berkemungkinan akan memberikan sedikit impak ke atas pasaran, jadi kemungkinan besar pasangan mata wang ini akan terus meningkat. Tetapi tumpuan akan diberikan kepada laporan statistik AS yang akan dikeluarkan pada sebelah petang, serta keputusan Fed mengenai kadar faedah. Tinjauan ekonomi bank pusat juga akan memainkan peranan yang sangat penting kerana Pengerusi Fed Jerome Powell berkemungkinan akan membincangkan rancangan untuk tahun depan, membuat beberapa petunjuk tentang bagaimana Fed akan meneruskan dengan kelembapan selanjutnya dalam pertumbuhan harga. Retorik "dovish" boleh menyebabkan satu lagi kenaikan euro dan kejatuhan dolar.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0655 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0716. Pertumbuhan harga boleh berlaku selepas ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell. TTetapi sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli Euro pada tahap 1.0618, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0655 dan 1.0716.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0618 (garisan merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0556. Tekanan mungkin meningkat jika Fed mengatakan sesuatu yang tidak dijangka oleh pasaran. Tetapi sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0655, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0618 dan 1.0556.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.