Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang GBP/USD pada 23 Disember. Tips dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru.

parent
Analisis Forex:::2022-12-23T01:32:25

Bagaimana untuk berdagang GBP/USD pada 23 Disember. Tips dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru.

Menganalisis dagangan Khamis:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Bagaimana untuk berdagang GBP/USD pada 23 Disember. Tips dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru.

Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan pergerakan menurunnya pada hari Khamis, yang meningkat pada hari itu. Walaupun dalam carta 30 minit, anda dapat melihat bahawa harga telah mencapai dua tahap penting dengan sempurna. Selain itu, ia melantun dengan sempurna daripada garis arah aliran menurun, membentuk isyarat kemasukan pesanan menjual dan mengekalkan trend menurun. Secara keseluruhan, pound terus membetulkan selepas memperlihatkan beberapa bulan pertumbuhan, yang mana dari sudut pandangan saya, ia adalah sangat logik dan munasabah. UK baru sahaja menerbitkan laporan KDNK untuk suku ketiga, yang merekodkan bacaan lebih buruk berbanding ramalan, dan laporan KDNK suku ketiga AS, yang lebih baik daripada ramalan. Saya tidak menjangkakan reaksi yang begitu kuat terhadap laporan ini, tetapi anda harus mengakui bahawa kedua-duanya menunjukkan arah yang sama pada carta pasangan mata wang, dan kedua-duanya adalah tidak dijangka. Di samping itu, gambaran teknikal menyokong mata wang AS sekarang, jadi sebanyak tiga faktor berfungsi untuk USD pada hari Khamis. Saya menjangkakan GBP akan terus melemah.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Bagaimana untuk berdagang GBP/USD pada 23 Disember. Tips dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru.

Terdapat dua isyarat dagangan pada carta 5 minit pada hari Khamis, tetapi pedagang baru boleh membuka hanya satu pesanan. Pada pertengahan sesi Eropah, harga melantun semula daripada tahap 1.2141, dan kemudian jatuh kira-kira 150 pip, menembusi 1.2064-1.2079. Oleh itu, anda sepatutnya mengekalkan pesanan terbuka sehingga harga melantun pada tahap 1.2008 dan ditutup selepas lantunan dari tahap ini. Keuntungan pada pesanan menjual adalah sekurang-kurangnya 90 pip, yang merupakan keputusan yang sangat baik. Isyarat kemauskan pesanan membeli berhampiran tahap 1.2008 sepatutnya tidak digunakan kerana ia muncul lewat. Tetapi walaupun pendatang baru membuka mata, mereka juga menguntungkan, kerana pasangan mata wang ini juga meningkat beberapa berpuluh-puluh mata.

Tips dagangan pada hari Jumaat:

Pasangan mata wang GBP/USD melanjutkan pergerakan menurun selepas pound melepasi garis aliran menaik. Oleh itu, sekurang-kurangnya kita melihat beberapa pergerakan harga di sana dan anda juga boleh memperoleh sedikit keuntungan. Volatiliti menurun ekoran sambutan cuti umum yang semakin hampir, jadi adalah perlu untuk merebut masa itu, terutamanya kerana isyarat yang kuat dan menguntungkan. Pada carta 5 minit pada hari Jumaat, adalah disyorkan untuk berdagang pada tahap berikut; 1.1793, 1.1863-1.1877, 1.1950-1.1957, 1.2008, 1.2064-1.2079, 1.2141, 1.2286-1.2286-1. Sebaik sahaja harga melepasi 20 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan pesanan Stop Loss ke titik pulang modal. Pada hari Jumaat, tiada acara penting dijadualkan di UK dan di AS terdapat beberapa laporan yang tidak begitu penting, seperti pendapatan dan perbelanjaan peribadi serta pesanan barangan tahan lama. Memandangkan pasangan mata wang pound/dolar tidak berada dalam trend mendatar, laporan ini boleh digunakan untuk membuka pesanan dagangan baharu oleh pedagang.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...