Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD
Pasangan mata wang ini telah menguji tahap 1.0650 apabila garis MACD baru mula bergerak di atas sifar, yang merupakan sebab yang baik untuk membuka pesanan membeli. Walau bagaimanapun, tiada kenaikan harga, jadi dagangan berakhir dengan kerugian. Mujurlah, pasangan mata wang ini menguji tahao 1.0624 pada sebelah petang, di mana MACD berada di bawah sifar, memberi peluang kepada pedagang untuk menjual. Ini mengakibatkan penurunan harga lebih 40 pip, mengimbangi kerugian yang dilihat sebelum ini.
Data KDNK AS yang kukuh membolehkan penurunan harga menguasai pasaran buat sementara waktu, tetapi keadaan itu mendatar menjelang sesi Asia Jumaat. Dan oleh kerana tiada statistik penting dijadualkan pada hari ini, pasaran dijangka akan diniagakan dengan tenang pada waktu pagi, di mana dagangan akan kekal dalam saluran mendatar. Tetapi pada sebelah petang, data AS mengenai pendapatan, perbelanjaan dan penggunaan peribadi mungkin memberi rangsangan kepada dolar jika angka menunjukkan peningkatan yang ketara. Hanya kejatuhan dalam jualan perumahan pasaran utama boleh menjejaskan momentum kenaikan harga kerana statistik pasaran hartanah yang lemah adalah petanda kemelesetan. Data pesanan barang tahan lama jangka panjang akan diabaikan kerana ia tidak begitu penting kepada pasaran.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0615 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0655. Walaupun terdapat sedikit peluang untuk pertumbuhan hari ini dan ia hanya dalam saluran mendatar, pedagang masih boleh membeli jika garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Euro juga boleh dibeli pada 1.0602, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0615 dan 1.0575.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0602 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0575. Tekanan akan meningkat jika AS melaporkan data KDNK yang kukuh. Tetapi sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0615, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0602 dan 1.0575.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.