Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah membuat ayunan tinggi baharu pada tahap 1.2886, oleh yang demikian, corak harga "Double Top" menjadi tidak sah. Ayunan tinggi lama kini akan bertindak sebagai sokongan teknikal urusniaga yang terletak pada tahap 1.2848. Momentum adalah kukuh dan positif, walau bagaimanapun, keadaan pasaran yang sangat terlebih beli (overbought) telah dicapai pada carta 4 Jam, oleh yang demikian, Anjakan semula harga ke arah sokongan adalah diramalkan. Hanya penembusan harga yang berterusan di bawah sokongan dinamik purata bergerak (MA) sekitar tahap 1.2693 akan mengubah prospek dagangan kepada lebih negatif.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.28816
WR2 - 1.28510
WR1 - 1.28325
Pivot Mingguan - 1.28204
WS1 - 1.28019
WS2 - 1.27898
WS3 - 1.27592
Tinjauan Dagangan:
Anjakan semula Fibonacci 61% yang terletak pada tahap 1.2778 telah dicapai, tetapi ini tidak menunjukkan bahawa kitaran pembetulan menaik telah berakhir. Penembusan harga yang beterusan di atas tahap ini dan penutupan graf lilin mingguan di atasnya diperlukan untuk mengubah prospek dagangan jangka panjang kepadamenaik. Tahap sokongan teknikal utama jangka panjang dilihat terletak pada 1.2444. Sasaran jangka panjang seterusnya untuk kenaikan harga berada pada tahap 1.3160.