Semalam tidak terdapat sebarnag isyarat untuk memasuki pasaran. Mari kita lihat carta 5 minit dan fikirkan apa yang telah berlaku. Disebabkan oleh volatiliti pasaran yang rendah, kami tidak berjaya mencapai tahap yang saya nyatakan, justeru itu kami gagal mendapatkan titik yang baik untuk memasuki pasaran.
Untuk membuka pesanan pembelian pasangan mata wang GBP/USD:
Selepas cuti Krismas, hari ini sepatutnya agak tidak menentu, tetapi saya tidak fikir kita akan melihat lonjakan volum yang sangat tinggi pada akhir tahun, terutamanya di tengah-tengah kekurangan data fundamental UK. Saya menjangkakan kenaikan harga akan meneruskan pembetulan selepas pound melemah pada minggu lepas. Pada masa ini, adalah lebih baik untuk membuka pesanan membeli jika penembusan harga palsu berlaku berhampiran tahap sokongan baharu 1.2062, yang telah dibentuk semalam. Pada tahap ini, Moving Average telah memanfaatkan kenaikan harga. Pasangan mata wang ini berpotensi untuk kembali diniagakan pada tahap 1.2100, yang bertindak sebagai tahap rintangan yang muncul dalam sesi dagangan Asia hari ini. Penembusan harga di atas tahap ini dan kekurangan data UK berpotensi untuk menolak pasangan mata wang ini ke tahap 1.2142, di mana penurunan harga akan memasuki pasaran. Penembusan harga di atas tahap 1.2142 dengan ujian menurun yang serupa akan membantu pasangan mata wang ini untuk menghampiri tahap 1.2183, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengunci keuntungan. Jika pasangan mata wang ini gagal mencapai tahap 1.2062, saya akan menasihatkan anda untuk menangguhkan rancangan untuk membuka pesanan membeli sehingga penembusan palsu pada tahap rendah 1.2030 berlaku. Saya mengesyorkan untuk membeli pasangan mata wang GBP/USD pada lantunan semula dari tahapa 1.1949, dengan mengandaikan pembetulan urusniaga harian menaik sebanyak 30-35 pip.
Untuk membuka pesanan penjualan pasangan mata wang GBP/USD:
Pembetulan menaik akan berakhir dan jika penurunan harga tidak aktif hari ini dan tidak mendapatkan semula kawalan ke atas tahap 1.2062, pasaran berpotensi untuk berpaling daripadanya. Dalam keadaan semasa, hanya penembusan harga palsu di sekitar tahap rintangan baru 1.2100 akan memberikan isyarat untuk kemasukan pesanan menjual yang baik. Jika ya, trend menurun akan mengukuhkan kedudukannya. Pasangan mata wang ini mungkin jatuh ke tahap rendah baharu 1.2062. Hanya penembusan dan ujian semula menaik akan memberikan isyarat kemasukan pesanan menjual dengan prospek pergerakan harga ke tahap 1.2030 serta kembali ke tahap rendah Disember. Sasaran yang selanjutnya ialah 1.1994, di mana saya mengesyorkan anda untuk menetapkan keuntungan. Jika GBP mengukuh dan trend menurun tidak menunjukkan tenaga pada 1.2100, tekanan ke atas pound akan melemah dengan ketara. Trend menaik akan mendapat peluang yang sangat baik untuk memulakan pembetulan. Dalam kes ini, hanya penembusan palsu 1.2142 akan menawarkan titik kemasukan untuk pesanan menjual. Jika penurunan harga tidak aktif di sana sama ada, anda boleh menjual GBP/USD serta-merta pada lantunan dari tahap tinggi dan 1.2183, dengan mengambil kira pembetulan urusniaga harian menurun sebanyak 30-35 pip.
Laporan COT:
Laporan COT untuk 13 Disember mencatatkan kenaikan dalam pesanan membeli dan menjual. Memandangkan bilangan pesanan membeli adalah lebih tinggi, ini bermakna sentimen kenaikan harga adalah kukuh sekarang. Pedagang bersedia untuk membeli pasangan mata wang ini pada tahap tinggi semasa. Minggu lalu, Bank of England (BoE) telah mengumumkan bahawa ia akan kekal komited terhadap pengetatan agresif untuk membendung inflasi yang tinggi, namun sedikit perlahan pada bulan lepas. Walau bagaimanapun, ramai penganalisis memberi amaran bahawa keputusan pengawal selia untuk berpegang kepada pendirian "hawkish" mungkin akan mencetuskan kemelesetan. Ia pasti mengehadkan potensi kenaikan harga untuk pasangan mata wang GBP/USD. Atas sebab ini, adalah lebih baik untuk menunggu pembetulan menurun untuk membeli instrumen. Menurut laporan COT terkini, pesanan menjual bukan komersial meningkat sebanyak 1,015 kepada 57,747 dan pesanan membeli bukan komersial meningkat sebanyak 3,469 kepada 32,008. Akibatnya, pesanan bersih bukan komersial mencatatkan bacaan pada -25,739 berbanding -28,193 seminggu yang lalu. Harga penutupan mingguan untuk pasangan mata wang GBP/USD meningkat kepada 1.2377 berbanding 1.2149.
Isyarat indikator:
Dagangan dijalankan berhampiran Moving Average (MA) 30 dan 50. Ia menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini diniagakan dalam trend mendatar.
Moving averages
Nota: Tempoh dan harga Moving averages dipertimbangkan oleh pengarang pada carta H1 (1 Jam) dan berbeza daripada takrifan umum Moving averages (MA) harian klasik pada carta D1, harian.
Bollinger Bands
Jika pasangan mata wang GBP/USD mengukuh, had atas indikator pada tahap 1.2090 akan berperanan sebagai rintangan.
Huraian Indikator:
- Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
- Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
- Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
- Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
- Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
- Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
- Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
- Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.