Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang EUR/USD telah membuat satu lagi ayunan tinggi pada tahap 1.1242 (sewaktu penulisan analisis) dan meneruskan pergerakan menaik seperti tiada hari esok. Sokongan teknikal urusniaga harian dilihat terletak pada tahap 1.1141 dan 1.1125. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada tahap 1.1495. Sila ambil perhatian, momentum telah mencecah keadaan terlebih belian (overbought) ekstrem pada carta 4 Jam, Harian dan Mingguan, oleh yang demikian, penarikan semula atau pembetulan harga mungkin berlaku pada bila-bila masa. Jika pasangan mata wang ini menembusi tahap yang lebih rendah, maka sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat terletak pada tahap 1.0901 dan 1.0876. Hanya penembusan harga yang berterusan di bawah sokongan dinamik purata bergerak sekitar tahap 1.0900 akan mengubah tinjauan dagangan kepada lebih negatif

Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.09927
WR2 - 1.09761
WR1 - 1.09665
Pivot Mingguan - 1.09595
WS1 - 1.09499
WS2 - 1.09429
WS3 - 1.09263
Tinjauan Dagangan:
Sejak awal Oktober 2022, pasangan EUR/USD berada dalam kitaran pembetulan ke arah atas, tetapi trend utama jangka panjang masih menunjukkan arah menurun. Kitaran pembetulan ini mungkin telah berakhir pada tahap 1.2080, yang merupakan tahap anjakan semula Fibonacci 61%. EUR telah mencatatkan harga terendah dalam beberapa dekad pada tahap 0.9538, jadi selama USD terus dibeli secara keseluruhan, trend menurun akan berlanjutan menuju harga terendah baharu.